Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Ahad, 13 Mac 2011

KILANG NUKLEAR JEPUN MELETUP

TOKYO: Sebuah kilang nuklear Jepun musnah akibat letupan besar pada Sabtu, mencetuskan kebimbangan tentang peleburan radioaktif, sehari selepas gempa bumi besar memusnahkan sistem penyejukan kilang itu.
Jurucakap tertinggi kerajaan berkata, berpuluh ribu penduduk dalam lingkungan 10 kilometer di kawasan kilang itu sedang dipindahkan, sambil menggesa supaya semua pihak bertenang, manakala radiasi dianggarkan pada “tahap yang terkawal”.
Laporan Kyodo News berkata, anggaran radiasi setiap jam sama tahapnya dengan paras tahunan yang dibenarkan.
Amaran yang disiarkan melalui saluran-saluran TV menasihatkan para penduduk supaya berlindung di dalam rumah, padamkan semua alat pendingin hawa dan jangan minum air paip.
Bagi mereka yang perlu keluar dari rumah, mereka dinasihatkan supaya mengelak daripada mendedahkan kulit dan menutup muka dengan topeng dan tuala basah.
Terdahulu, pihak berkuasa nuclear memberi amaran bahawa kilang No.1 Fukushima, terletak kira-kira 250 kilometer di timur laut Tokyo, sebuah kawasan urban dengan 30 juta penduduk, “mungkin mengalami peleburan nuclear”.
Sistem penyejuk kilang itu musnah akibat gempa yang melanda Jumaat, mengakibatkan kerajaan bertungkus-lumus berusaha memperbaiki kerosakan itu dan memindahkan lebih daripada 45,000 penduduk dalam lingkungan 10 kilometer di situ.
Siaran NHK melaporkan letupan kedengaran kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan dan menayangkan gambar kepulan asap menjulang dari tapak kilang, seterusnya melaporkan bahawa reaktor bangunan itu telah musnah.
Operator Tenaga Elektrik Tokyo mengesahkan tentang letupan itu dan bahawa bumbung bangunan reaktor tersebut telah runtuh akibat gegaran susulan selepas gempa yang berlaku Jumaat, menurut laporan Kyodo News.
Tepco juga mengesahkan bahawa empat kakitangannya mengalami kecederaan namun tidak mengancam nyawa.
Pegawai kanan Perdana Menteri Naoto Kan, Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano, memberitahu sidang akhbar behawa Jabatan Bomba Tokyo akan menghantar satu “pasukan penyelamat hiper” ke tapak kilang tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan