TINDAKAN
Tun Dr Mahathir mengakui 'IC Projek' itu berlaku adalah disebabkan dia
tidak mampu lagi untuk berselindung daripada salahlaku atas tindakan
pemberian IC secara haram itu yang telah dihalalkan dan diluluskan
secara bersindiket melalui agensi JPN.
Terlalu ramai orang
yang menjadi saksi atas perbuatannya yang terkutuk. Kini dia sedang
mencari alasan untuk menampakkan tindakannya itu sesuatu yang tidak
salah dan sah di sisi undang-undang.
Wahai
saudara saudari sekalian, kini dia sedang menggunakan alasan mengenai
pemberian satu juta kerakyatan di Malaya untuk disamakan dengan IC
Projek di Sabah. Perlu diingat bahawa sejarah pemberian kerakyatan itu
sungguh jauh sekali tujuannya.
Pemberian IC di Malaya itu dilakukan sebelum Malaya mencapai kemerdekaan yang merupakan satu tindakan yang sah di sisi undang-undang melalui prinsip kerakyatan Jus Soli sebagai prasyarat kemerdekaan Malaya.
Berlainan
pula isu pemberian kerakyatan di Sabah. Ia dilakukan bukan untuk
kemerdekaan, tetapi adalah bermotifkan politik 100% untuk mengukuhkan
parti-parti malaya di bawah pimpinan parti UMNO-BN.
Mahathir
menegaskan bahawa dia mengikuti lunas undang-undang dalam pemberian IC,
tetapi apakah yang dia gunakan sebagai panduan dalam pemberian IC
tersebut?
Adakah
apabila orang asing itu pandai bercakap bahasa 'Melayu' dan beragama
'Islam' maka boleh terus menjadi Malaysia tanpa tapisan keselamatan?
Adakah
mereka ini sudah mencapai pemastautin tetap selama 12 tahun (minimum)?
Setahu saya, pemberian IC Projek ini sangat canggih. Hari ini PATI itu
sampai ke Sabah, kelmarin lagi IC itu sudah disiapkan untuk mereka. Apa
lagi alasan yang digunakan olehnya?
Inilah
yang terjadi jika orang asing (bapanya adalah orang India dari Kerala)
yang telah diberikan kerakyatan dan dibenarkan menjadi pemimpin.
Hasilnya adalah seperti yang anda dapat lihat daripada kerja dia selama
bergelar pemimpin Malaysia/Malaya.
Saya
ingin menyeru kepada semua Warga Sabah, Bangsa yang Merdeka dan
Berdaulat untuk berdiri teguh dalam isu ini dan menentang tindakannya
habis-habisan yang kotor dan sungguh menjijikkan agar keselamatan dan
kesejahteraan Sabah dipelihara selamanya!
Salam Hormat,
BORNEON
Tiada ulasan:
Catat Ulasan