Berita terkini pencerobohan tentera Filipina Di
Lahad Datu Sabah. Tidak dinafikan lagi bahawa kedatangan kumpulan itu telah
membuat penduduk cemas dan segala aktiviti harian dihadkan. Kumpulan itu
digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya
berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Mereka juga kini berada di
Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan Sabah
secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.
Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai
lahad datu menggunakan bot dan bersenjata. Pihak polis kini mengambil
pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Pada ketika ini rundingan sedang berjalan dan
diharap penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.
Kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan polis akan menyiasat
bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. Selain itu, pihak polis yakin
bahawa rundingan akan berjaya dilakukan secara aman agar dapat menghantar mereka
keluar dari negara ini secepat mungkin.
Update Terkini 16 Februari 2013
Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga
negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di
pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga
masing-masing di tanah air mereka
Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar
Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan
polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka
di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Pada masa
sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan
Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan.
Update Terkini 17 februari 2013
Pencerobohan kumpulan bersenjata oleh 100 lelaki
warga Filipina di Lahad Datu, Sabah yang bermula minggu lalu semakin
menghampiri penghujungnya. Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Tentera
DiRaja Kesultanan Sulu dikatakan bersetuju untuk meninggalkan Sabah.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib
sebentar tadi.
Beliau
bagaimanapun memberitahu, kumpulan itu ada meletakan syarat untuk bertemu
dengan satu individu tertentu sebelum bergerak keluar. Polis Sabah enggan
memberikan nama indvidu yang dimaksudkan itu.
Setakat
ini, kerajaan Malaysia dan polis telah memperlihatkan tahap profesionalisme
yang tinggi dalam menangani kes pencerobohan berkenaan dengan toleransi dan
dialog berterusan.
Update
Terkini 18 Februari 2013 – Penceroboh TIDAK MAHU TINGGALKAN SABAH
Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah
minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut
merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad
berhubung insiden yang berlaku. Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400
pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat
berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan
kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina
Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri?
Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami
akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke
Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila
Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan
Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari
Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah. Kiram berkata
beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas
kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan
pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina
Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan
Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan
sebahagian besar orang Kristian Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani
kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai
kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka
akan tinggal di sana
Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk
selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah, katanya
kepada AFP. Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu,
termasuk 20 orang yang membawa senjata
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga
100 orang. Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun
mereka akan menentang jika ada provokasi
Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak
mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah,”
katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu ‘sanggup mati demi mempertahankan
hak nenek moyang mereka’. Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno
Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada
kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan
Rasa ya semua ini ada kaitan x dgn pihak pembangkang?almaklum la kan pru13 x lama lagi n sabah ada penyumbang terbesar pada undi BN..mgkinka ada kaitan untuk mereka mengugat keamanan negaradisaat2 begini?dengan mempengaruhi pihak kesultanan sulu mengenai sejarah kununya mereka pernah menakluki borneo satu masa dulu...??
BalasPadamTak masuk akal...or sesetengah pihak sja nk melengahkan PRU13?..opss..
PadamAl-Fatihah... serta takziah diucapkn kpd keluarga wira2 negara yg terkorban..Smoga roh mereka dicucuri rahmat..Amin..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padaminikah balasan atau akibat daripada kejayaan kerajaan m'sia mencari perdamaian antara manila dan pemberontak di selatan filipina??
BalasPadamsaya sependapat dengan LAGENDA SABAH... TAPI YANG SEBAIKNYA KENA RUNDING DENGAN MEJA BULAT,.. SAYA RASA ITU LEBIH AMAN..
BalasPadamAman apa nye....rudingan tlh dibuat.....tp masi x undur juga...ialah kita ne tk rese mcm mana ahli2 keluarga keselamatan kita yg telah pergi...sapa...nk tanggong....
PadamLANUN...
BalasPadamasalnya saya nak baca je berita kat atas ni...tetiba je tukar jd citer politik? bosan betul kowg ni...
BalasPadamJgn lah cuba babitkan politik.sikit sikit politik.sikit sikit politik.mula mula tanya si anu babit tak si anu tu saper,pastu kecoh kat opis.pastu yg tak tau apa dlm.opis tu p balik crita kt family dia.family dia heboh kat org kpg.kan ker fitnah tu.pada hal cerita sebenar kita sendiri tak tau
BalasPadamKalau tak tahu jgn tunjuk padai dan kaitkan dgn politik. Kalau sampai mati politik apa lagi. Suruhlah org politik pergi jumpa penceroboh tu atau org yg sibuk berpolitik. Bukalah mata hati dan fikiran tu seluasxnya. Ada akai ka insiden ini insiden politik. Ngok betulah org yg beranggapan begitu baaaaaaaa!
BalasPadamberani la d negara sendiri bkan d negara orang..perintah la negara sendiri jangan nak perintah negara orang tuntutla megikut logik fakta sejarah dan perjanjian bkan dgn logik akal fikiran yg terdesak dn cetek ilmu pengetahuan tentang tata susila kesultanan sendiri..gunakan la akal fikiran yg berilmu dalam membangunkan negara sendiri..bukan.dgn.senjata..bangga la dgn kejayaan mengunakan fikiran dan usaha memajukan negara sendiri masukla negara orang dgn sopan belajarla dgn negara orang membentuk negara sendiri bkanya merampas negara orang..sedarla usaha kmu selama ini sia2..kejayaan mudah dn cepat bkn nya senang d perolehi..harus brusaha berdisplin bersatupadu dan bertamadun..pulang la kmu kepada anak dn usteri kmu brjuangla memajukan kehidupan keluarga mu..prjuangan kmu d sini hanya sia2..kesian la anak dn isteri kmu..yang suda brada d dalam dn brjaya dlm hidup brsyukurla kerana kami memberi kmu peluang dn melayan kmu dgn baik..adaka kmu akn melayan kami seperti ami melayan kmu klu kmi yg pergi ke negara kmu
BalasPadam