Mahathir cuba merendah-rendahkan Husam Musa
dengan meminta Husam duduk diam-diam di Kelantan dan jika dah berjaya di
Kelantan barulah minta izin untuk bekerja di Putrajaya. Siapa Dr Mahathir ini
untuk menyekat Husam ke Putrajaya? Meminta Husam meminta izin sebelum ke
Putrajaya itu menampakkan sikap ego besar bagi melindungi perasaan ‘desperate’
beliau sehingga sanggup bercakap begitu peribadi terhadap seorang warga negara
sebuah Persekutuan yang lain.
Mahathir telah menunjukan ‘desperation’
beliau dengan begitu ketara. Husam tidak perlu menjawabnya, kerana pengundi
Putrajaya akan menjawabnya tidak lama lagi. Husam hanya perlu berdiam diri.
Anggap sahaja Mahathir itu sebagai seorang yang sedang sakit. Putrajaya itu bukannya
kepunyaan Dr Mahathir dan beliau terlupa yang Putrajaya itu dibina atas
hasil Petronas dan bukannya hasil dari keluarga beliau.
Mahathir bercakap seolah-olah
Kelantan itu terlalu miskin dan Husam wajar duduk di Kelantan diam-diam. Siapa
Dr Mahathir untuk meminta Husam berdiam diri? Negara ini negara demokrasi dan
sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana. Kita boleh mengkritik lawan kita
dalam politik tetapi kena adalah sedikit etika lebih-lebih lagi beliau pernah
menjadi pemimpin utama negara suatu ketika dahulu.
Sebenarnya Dr Mahathir ini tidak
ada siapa yang boleh menolongnya untuk memulihkan status beliau sebagai seorang
bekas pemimpin yang ulung. Kesilapan ini bukan kesilapan sesiapa tetapi kesilapan
beliau sendiri. Beliau sendiri memilih untuk merasa resah gelisah dalam
kehidupannya. Tiada siapa yang menyuruh beliau untuk melakukan kesalahan demi
kesalahan semasa menjadi pemimpin utama negara dahulu.
Beliau sendiri yang suka untuk
melakukan keganasan terhadap partinya dan dirinya sendiri. Beliau jugalah yang
telah memecat hakim-hakim yang tidak bersalah. Kesalahan hakim-hakim Mahkamah
Agong dahulu semata-mata hakim-hakim semasa itu bersikap adil dan terhormat.
Mahathir tidak suka kepada hakim yang mengutamakan keadilan. Bagi Mahathir
keadilan hanyalah jika keuntungan berpihak kepada beliau. Apabila beliau
merasakan hakim akan memberikan ‘verdict’ yang tidak memihak kepada beliau,
maka hakim itu akan mendapat penghakiman dari beliau pula.
Entah apa yang menyebabkan Dr
Mahathir terlalu ghairah untuk mempertahankan UMNO itu sedangkan beliau sendiri
pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan di Sri Perdana dahulu. Kita juga
tidak faham kenapa beliau tidak pula mahu UMNO bertanding di Pasir Mas dan
meminta pula calon UMNO yang tidak menyerahkan kertas pencalonannya supaya jangan
diambil tindakan. Kita sedang menunggu tindakan UMNO terhadap Dr Mahathir
kerana menyokong calon bebas. Mahathir sepatutnya dipecat bersama 61 ahli UMNO
yang lain kerana bertanding bebas dan menjadi penyokong kepada calon-calon
bebas itu.
Kenapa Dr Mahathir tidak dipecat? Kenapa UMNO biarkan Mahathir bermaharajalela tanpa sebarang sekatan
daripada jawatankuasa disiplinnya? Jika Dr Mahathir sendiri membunuh peluang
UMNO untuk menang di Pasir Mas kenapa beliau beriya-iya sangat mempertahankan
UMNO di Putrajaya? Kenapa Dr Mahathir mahu beriya-iya sangat untuk meruncingkan
keadaan negara ini? Apakah niat sebenar Dr Mahathir ini?
Apa salahnya jika UMNO kalah di
Putrajaya? Adat pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Dr Mahathir mahukan
UMNO bersifat seperti beliau mengendalikan UMNO dahulu. Beliau tidak berani
bertanding sekali lagi dalam pemilihan UMNO maka beliau terus mengharamkan UMNO
itu. Apabila dirasakan akan kalah dalam pertandingan tinju beliau akan
musnahkan pentas tinju itu dan akan membina pentas tinju yang lain. Jika dirasakan
kalah dalam pertandingan bola sepak, beliau akan alihkan tiang gol ke mana
beliau suka.
Mahathir mahukan semua manusia
mengikut kehendak beliau dan jangan ada yang menentangnya. Mahathir telah
mengalahkan semua musuh-musuhnya sehingga tiada siapa yang beliau hendak
kalahkan lagi. Sekarang Mahathir sedang berhadapan dengan ‘nature’ dan saya
merasakan jika semua orang membantu beliau sekali pun, beliau tidak akan dapat
diselamatkan lagi. Beliau akan terus dengan keresahannya sampai bila-bila.
Sekarang kita doakan Mahathir ini
agar beliau kembali berada dalam ketenangan hidup. Beliau ini sebenar-benarnya
memerlukan pertolongan dari kita. Seperti yang saya sebut tadi tiada siapa yang
boleh membantu beliau lagi selain dari kita berdoa untuk beliau mendapat
ketenangan yang amat-amat beliau perlukan sekarang ini.
Ini menjadi pengajaran kepada
pihak Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk berkuasa. Perdana Menteri gantian
nanti janganlah melakukan kerja seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa
beliau berkuasa dahulu. Jika melakukan perkara yang sama keterlaluan maka zaman
persaraan kehidupannya akan dihimpit dengan perasaan seperti yang dialami
oleh Mahathir sekarang ini.
Beringat-ingatlah. Jika keresahan
ini boleh dialami oleh Dr Mahathir, ia akan juga dialami oleh sesiapa yang
lain jika melakukan perlakuan yang sama seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir
itu.
Sumber : Aspan Alias
Tiada ulasan:
Catat Ulasan