Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Rabu, 1 Mei 2013

PEKERJA BANK ANCAM BENAM SUBRAMANIAM DI SEGAMAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) merancang mengadakan piket secara berterusan di Segamat terhadap Dr S Subramaniam yang mempertahankan kerusi itu.

Perkembangan itu berlaku dalam keadaan Subramaniam, menteri sumber manusia, sudah pun dihimpit momentum kempen lawannya daripada PKR Chua Jui Meng.

NONENube berikrar berpiket tiga hari berturut-turut bermula hari ini - yang juga Hari Buruh - bagi memastikan Subramaniam tumpas di Segamat.

"Beliau adalah menteri sumber manusia paling teruk sehingga kini. Kami akan pastikan dia tidak lagi menjadi menteri (selepas pilihan raya umum)," kata Presiden Nube Tan Eng Hong (kiri) ketika dihubungi.

Tan berkata, Nube tidak puas hati dengan tindakan Subramaniam menyokong pembentukan kesatuan dalaman Maybank yang mencairkan pengaruh mereka dalam isu berkaitan pekerja.

Ditemui di Segamat malam tadi, Subramaniam menyelar Nube dengan menyifatkannya bermain politik.

"Bagi saya, apa yang mereka lakukan salah kerana ia sudah masuk mahkamah... Kenapa kamu (Nube) perlu bawa dalam pilihan raya, bawa ke jalan raya dan piket? Ini bukan budaya yang baik," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan