Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Khamis, 2 Mei 2013

NALURI WANITA SUKAKAN LELAKI GANTENG

Merima telefon dari seorang pejawat awam di Putrajaya, pangkat ketua jabatan, bertanya seputar senario politik di Kelantan.

Perbualan semakin rancak, sehingga akhirnya saya bertanya tentang situasi dan kondisi politik di Putrajaya.

Apakah benar seperti dipaparkan lewat facebook, youtube dan akhbar oposisi sambutan yang diberikan warga Putrajaya kepada calon parlimen bagi kawasan itu, Datuk Husam Musa luar biasa sekali sehingga mengkhuatirkan Umno/BN.

Pejawat awam itu tak menjawab dari perspektif  politik, dan saya pun tak mengharapkan ia menjawab demikian kerana saya tahu beliau bukan politikus.

Tetapi jawapan yang diberikan walaupun  sedikit lucu,  tetapi amat  menyakinkan.

Jawapannya berdasarkan; 60 peratus karyawan yang layak mengundi di Putrajaya adalah wanita termasuk suri rumah: Naluri wanita suka memilih lelaki ganteng (kacak), dan Husam Musa termasuk dalam katogeri ini,  dengan badannya tinggi lampai, dan mulut sering menguntum senyum,  ia mampu meraih  undi wanita berbanding lawannya dari Umno/BN.

Saya teringat, malam semalam, ketika ceramah di Peringat,   mantan Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh juga ada menyebut tentang keistimewaan lelaki ganteng menjadi calon.

Ia punya kelebihan tersendiri untuk menarik sokongan wanita dan  surirumah yang tak mahu berfikir panjang lebar tentang politik, lantas memilih calon berdasarkan apa yang dilihatnya sepintas lalu.

Hal ini pernah berlaku di Dun Melor dan Parlimen Ketereh suatu masa dulu bila pengundi wanita  memangkah Tan Sri Anuar Musa yang dianggap ganteng saat mudanya.

Itu adalah antara faktor kemenangan yang dianalisis secara umum bercampur kelakar, tetapi faktor kemenangan sebenar bukan itu satu-satunya.

Masyarakat kelas elit dan menengah di Putrajaya tentu lebih arif dalam soal memilih parti mana yang ia suka.

Kalau kota Konstantinopel boleh ditawan kesatria Othmaniyyah, Muhammad Al-Fatih (1453), kota Putrajaya, insyaallah akan dapat ditawan Husam Musa pada 5 Mei ini!

Sumber : Harakah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan