Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Sabtu, 22 Oktober 2011

TINDAKAN UIA : MP PAS BAWA USUL KE PARLIMEN


KUALA LUMPUR, 22 Okt ― Ahli Parlimen PAS Salahuddin Ayub membawa usul agar Dewan Rakyat membincangkan tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari yang kini disiasat dan digantung ekoran kenyataannya berhubung titah Sultan Selangor.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, wakil rakyat Kubang Kerian itu mahu Dewan Rakyat membincangkan berkenaan penggantungan Aziz.
“Dewan yang mulia ini seharusnya memandang serius bagaimana seorang ahli akademik yang kepakarannnya diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa telah ditekan, dimalukan dan dihukum hanya kerana memberikan pandangan beliau dalam subjek yang memang menjadi bidang kajian beliau.
“Fakta ini jelas menunjukkan hal yang berlaku ini menyentuh kepentingan awam,” kata Salahuddin (gambar) yang juga Naib Presiden PAS dalam surat permohonan membentangkan usul itu.
Permohonan untuk membawa usul itu dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerusi satu surat semalam.
Salahuddin berkata perkembangan terbaru menunjukkan seolah-olah UIA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa menuruti tekanan politik pihak-pihak berkepentingan tanpa mempedulikan tindakannya boleh mencemarkan reputasi dan prestijnya.
Kata Salahudddin, kerajaan dan universiti nampaknya tidak mempedulikan langsung jaminan kebebasan akademik.
“Natijahnya menampakkan bahawa janji-janji keterbukaan dan transformasi politik yang acapkali dilaungkan Perdana Menteri hanya sekadar mainan di mulut sahaja tetapi realitinya semakin kuat tekanan dikenakan kepada mereka yang berbeza pendapat dengan parti pemerintah.
“Jika Abdul Aziz terus digantung tanpa beliau didapati bersalah, ini amat menjejaskan nama UIA dan Malaysia di mata antarabangsa di samping memberikan kesan kepada ratusan pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar di bawah selian Abdul Aziz,” katanya.

--HD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan