Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 16 Januari 2012

ADAKAH ROADSHOW HASSAN ALI AKAN MEMBERI KESAN ?

APA KESAN ROADSHOW HASAN ALI KEPADA PAS? PDF Print E-mail

SIDANG media oleh Datuk Dr. Hasan Ali dirumahnya sebentar tadi berakhir dengan antaranya ‘ikrar’ Hasan Ali untuk mengadakan ‘road tour’ seluruh Malaysia untuk mendedahkan siapakah dia ‘golongan parasit’ dalam PAS yang dituduh menghalang tugasnya ‘melindungi Islam’ di Selangor.
Pertemuan dengan media ini adalah pertama kali diadakan sejak Hasan Ali dipecat dari jawatannya sebagai Exco Kanan di Selangor pada minggu lepas.
Penulis yakin, peluang mengadakan road tour ini bukan sahaja digunakan untuk mendedahkan golongan parasit yang diperkatakan, sebaiknya juga untuk mendedahkan segala ’keburukan’ dalam PAS dan pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu sendiri.
Malah penulis juga dimaklumkan bahawa Hasan Ali akan turut menjaja isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh tidak sesuai dengan norma kehidupan bermasyarakat di Malaysia, walaupun Anwar telah diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.
Persoalannya sekarang, sejauh manakah PAS dan Pakatan Rakyat sendiri bersedia untuk menghadapi ‘tindak balas’ oleh Hasan Ali ini?
Penulis kurang bimbang dengan soal pentabiran dalam kerajaan Negeri Selangor kerana walaupun telah dipecat, Hasan Ali masih terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi maklumat-maklumat sensitif. Yang penulis bimbangkan ialah kesannya kepada politik PAS.
Penulis yakin, setelah bersama-sama dengan parti tersebut sejak lebih 12 tahun dahulu, disamping pernah memegang pelbagai jawatan dalam parti, Hasan Ali sudah tentu terdedah dengan pelbagai maklumat dalaman yang boleh diputar belitkan.
Tambahan lagi bila masih ada segelintir ahli PAS yang keliru dengan perubahan dasar parti tersebut apabila memilih untuk menganggotai Pakatan Rakyat, terutama kerjasamanya dengan DAP yang menyaksikan dasar negara Islam digugurkan untuk diganti dengan Negara Berkebajikan.
Diperingkat pentadbiran kerajaan negeri, penulis yakin, Hasan Ali akan menggunakan sepenuhnya isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama sebagai alasan kenapa dia disingkirkan dari PAS dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Hasan Ali akan menjadikan ketegasanya di dalam isu tersebut untuk menggambarkan dirinya sebagai hero kepada umat Islam dan orang teraniaya dalam masa yang sama. Keadaan ini boleh mendatangkan kesan yang amat tidak baik untuk masa depan politik PAS.
Penulis harap PAS dan Pakatan Rakyat bersedia untuk mematahkan segala hujah Hasan Ali nanti. Jika perlu memohon injuksi Mahkamah untuk menghalang Hasan Ali dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan yang boleh merosakkan PAS.
Tindakan sama juga perlu diambil kepada kepimpinan PAS sedia ada yang dilihat bersengkongkol dengan Hasan Ali seperti Nasharudin Mat Isa. Jika tidak dibendung dari awal, ‘barah’ yang baru saja diubati ini akan melebar menjadi barah baru pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan