Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 2 Januari 2012

INI KALILAH !!!...

Ramai yang mempercayai bahawa Tsunami politik 2008 yang berlaku di Tanah Besar Semenanjung Malaysia tidak pernah berlaku di Sabah. Media alternatif atau media ketiga seperti blog, Facebook dan Twitter yang menjadi pemangkin kepada tercetusnya tsunami politik 2008 itu masih berada pada tahap baru berkembang di Sabah pada waktu tersebut. Justeru, ledakan politik pembaharuan yang menyaksikan BN hampir-hampir kehilangan kuasa tidak berlaku di Sabah dan Sarawak. Sebab itu kedua negeri di kepulauan Borneo ini masih gah dengan "fixed deposit" buat BN dan sekutunya.
Setelah 4 tahun  berlalu, Sabah dan Sarawak mula 'menerima' kehadiran media alternatif ini, bersama bahang Tsunami politik 2008 yang masih panas dan membara di semenanjung. Ertinya, tsunami politik di kepulauan Borneo ini mungkin akan tercetus pada PRU 13 iaitu 2012. Itupun setelah menerima media alternatif ini sebagai ruang fikir politik baru di kedua-dua buah negeri yang menyertai Gagasan Malaysia pada tahun 1963 di mana termaktubnya perjanjian 20 perkara yang dikatakan tidak pernah ditunaikan oleh Kuala Lumpur.
Di Sabah di tahun mendatang ini, langit semakin terbuka. Di mana-mana, generasi yang berumur atau yang baru 'menetas' usianya sudah mengenali dunia internet berupa blog, Facebook dan Twitter. Begitu banyak timbunan maklumat dihujung jari yang diakses saban waktu terutama melibatkan soal politik dan kuasa. Justeru itu, Sabah mula berubah paradigma politiknya, tidak lagi seperti tahun-tahun kebelakangan dimana maklumat hanya didengar dan ditonton dalam media arus perdana.
Ramalan pemerhati politik di Sabah, BN dan UMNO akan menyaksikan beberapa kawasan terlepas dari genggaman kuasa mereka. Beberapa trend pengundi di Sabah mula mencetuskan kegusaran di kalangan pemimpin di peringkat negeri. Golongan berumur sekitar 50-80 tahun ini mewakili kek politik sekitar 50%. Mereka ini terdiri daripada golongan yang mewarisi idealisme perjuangan USNO. Setelah USNO di bubarkan, maka mereka menyertai UMNO pada tahun 1991. Tetapi ini bukan bererti UMNO akan memperolehi undi mereka pada PRU akan datang, kerana ura-ura penyertaan USNO yang dipelopori oleh Datu Badaruddin Tun Mustapha pada PRU 13 ini, memungkinkan golongan ini memberi sokongan semula kepada USNO, setelah UMNO dilihat tidak banyak mendatangkan faedah kepada peribumi di Sabah.
Kes rampasan tanah adat, sikap pemimpin yang semakin kaya dan harga barang yang semakin tinggi, menyebabkan golongan ini menuntut perubahan setidak-tidaknya mahukan USNO kembali menerajui Sabah.
Golongan kedua ialah golongan muda yang baru mengenal dunia politik tetapi terdedah kepada maklumat dalam media alternatif ini. Mereka di Sabah terbahagi kepada beberapa sub golongan yang membawa gelombang perubahan. Sub golongan pertama ialah mereka yang memang mahukan perubahan, terlibat secara langsung dalam kempen-kempen politik yang beraliran pembangkang. Jumlah mereka tidak ramai tetapi boleh mempengaruhi rakan yang lain.
Golongan inilah yang membawa slogan "INI KALI LAH...". Sub Golongan kedua ialah mereka yang terdedah kepada maklumat media blog dan fcb tetapi berada pada kedudukan atas pagar. Mereka ini juga lebih ramai dari yang pertama tadi. Golongan ini mewakili sekitar 40% kek politik di Sabah. Mereka kurang berminat dengan politik tetapi mengambil tahu perkembangan terbaru melibatkan keadaan politik dan ekonomi negara. Golongan ini sangat 'merbahaya' kepada UMNO dan BN di Sabah kerana pada bila-bila masa sokongan golongan ini boleh tergelincir kepada pembangkang, lebih-lebih lagi bila naluri dan keperluan mereka tidak dipenuhi.
Di Sabah, isu penagngguran masih menjadi isu besar. Biarpun Datuk Musa Aman dalam ucapan bejet 2012 yang diumumkannya memperuntukkan lebih RM4 billion ringgit, namun ia tidak menjadi asas kuat kepada penarikan sokongan golongan ini, kerana apa yang berlaku angka RM4 billion itu hanya sekadar menghiasi ekonomi peringkat atasan, di peringkat akar umbi ia tidak mendatang banyak kesan. Pengangguran masih berlaku, kekurangan pekerjaan dan kenaikan harga barang masih menghimpit kehidupan rakyat. Dan, golongan ini mahu kerajaan lebih bertanggungjawab dalam soal itu dan bukan bermain dengan nombor dan angka semata-mata.
Rata-rata golongan ini mahu agar kepimpinan di peringkat Pusat harus berubah..! manakala di peringkat negeri masih mahukan kesinambungan dari kepimpinan terdahulu. Ada yang berpendapat bahawa peringkat Pusat perlu diubah supaya masalah yang masih bertaburan boleh diselesaikan. Kes-kes seperti perjanjian 20 perkara dan peruntukan kerajaan persekutuan kepada Sabah menjadi asas kepada keinginan itu. Golongan ini bagi UMNO dan BN di Sabah adalah penanda aras kepada penerimaan kepimpinan mereka.
Slogan “INI KALI LAH...” yang mula berkumandang di kedai-kedai kopi dan serata pelusuk negeri Sabah membawa makna yang berkait dengan tsunami politik akan berlaku. Slogan “INI KALI LAH...” ini membawa pengertian bahawa PRU 13 inilah yang akan membawa perubahan dalam soal penggantian kepimpinan negara.
Justeru merebaknya slogan “INI KALI LAH...” ini seharusnya menjadikan Najib semakin gusar, risau dan menggelabah. Kerana jika semangat dan roh slogan “INI KALI LAH...” ini benar-benar diterjemahkan pada PRU 13, maka pemerhati politik akan melihat Najib sebagai Perdana Menteri UMNO yang terakhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan