Berikutan khabar angin yang kuat bahawa Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Lajim Ukin akan tinggalkan Umno, Parti Maju Sabah (SAPP) mempelawa ahli parlimen Beaufort itu untuk menyertai mereka menumbangkan BN dan membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Sabah.
Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata, apa yang Lajim perlu buat ialah mengambil langkah pertama meninggalkan Umno sekarang, dan bekerjasama dalam rangka kerja ABU (Asalkan Bukan Umno).
"Jangan sembunyikan lagi niat anda... semua orang kini tahu Datuk Lajim mahu tinggalkan BN. Walaupun agak sikit terlewat, tetapi saya rasa ianya lebih daripada tak langsung, selagi Sabah selamat," kata Yong di majlis makan malam tahunan SAPP Beaufort baru-baru ini.
ABU adalah sebuah organisasi yang dilancarkan oleh beberapa NGO dengan matlamat untuk menewaskan Umno.
Yong (kiri) berkata, SAPP mahu bekerjasama dengan Lajim dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, ekoran laporan yang beliau mahu meninggalkan Umno dan BN.
"Semoga, Lajim tidak lagi perlu main sorok-sorok," katanya.

Reaksi Lajim
Sementara itu, dalam responnya kepada Malaysiakini, Lajim berkata beliau "tidak mahu mengulas sekarang" sama ada beliau akan meninggalkan Umno.
Tambahnya (kanan) beliau akan membuat kenyataan jika ia berlaku
(meninggalkan Umno).
"Berita yang anda siarkan adalah salah ... seolah-olah (bila) saya dilihat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di satu majlis Hari Raya,bermakna saya mahu menyertai PKR?
"Ini adalah politik dan saya telah terlibat di dalamnya selama lebih daripada 20 tahun.
"Saya berada di sana, di kawasan pilihan raya saya dan jika saya lihat di kalangan ahli pembangkang, saya hanya mahu memupuk hubungan."
PAS dan Yong, tambah Lajim, hanya mengatakan sesuatu untuk kepentingan politik.

--mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan