Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 2 Januari 2012

PENDUDUK KULIM DIANCAM BABI HUTAN

Sekumpulan babi hutan yang berkeliaran di sekitar Taman Desa Impian di Kulim dan mengerumuni tong sampah di situ sejak semalam mengundang kebimbangan di kalangan penduduk di kawasan perumahan itu.
Kehadiran babi hutan yang beratnya dianggar 40 hingga 50 kilogram seekor bukanlah insiden kali pertama yang dialami lebih 200 penduduk di kawasan perumahan itu.
"Kisah babi hutan merosakkan tanaman ubi kayu dan pisang dan lain-lain jenis tanaman berlaku di sini sejak lebih dua tahun lalu," kata Amir Nordin Othman, 60, yang mendapati isi tong sampahnya telah ditarik keluar babi hutan itu.
Katanya dia menyedari haiwan itu mencari sisa makanan dalam tong sampahnya setelah dimaklumkan jirannya yang sempat merakamkan gambar tiga ekor babi hutan itu melalui kamera telefon bimbit.
Seorang pesara tentera Ahmad Sabu, 60, dari kampung berdekatan (kampung Baru) pula berkata terdapat berbelas-belas ekor kumpulan babi hutan yang berkeliaran sekitar kampung dan kawasan perumahan di situ.
Ahmad berkata kumpulan haiwan liar itu dipercayai datang dari bukit bersebelahan kampung di situ yang tanahnya telah ditarah untuk pengambilan tanah merah.
"Haiwan liar itu membimbangkan keselamatan kami dan keluarga yang sering keluar tidak kira masa siang atau malam," katanya.
Imam masjid di kawasan itu, Ismail Hamid pula meminta kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) supaya bertindak menghapuskan haiwan liar itu segera.
"Binatang itu sudah berani berkeliaran mencari makan di sekitar kampung, jangan pula satu hari kita mendapati kanak-kanak atau penduduk di sini cedera atau parah diserang haiwan liar itu," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhilitan Daerah Kulim dan Baling, Razali Che Wan ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya telah memasang perangkap untuk menangkap babi hutan berkenaan sejak petang semalam.
Katanya, beberapa kakitangan jabatan berkenaan juga telah ditugaskan memantau perangkap dan situasi sekitar kawasan tersebut.
"Kita akan menghantar beberapa orang pegawai lagi esok untuk memantau situasi dan memeriksa perangkap yang telah dipasang itu," katanya.
- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan