Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Khamis, 7 April 2011

KENAPA PKR ENGGAN BERTOLAK ANSUR DENGAN SNAP ? MUNGKIN INI JAWAPANNYA

MINDA KS: Aku petik dari Sarawak Report. Jika dilihat sepintas lalu ramai yang beranggapan bahawa PKR telah menunjukkan ketamakannya di Sarawak kerana enggan bertolak ansur dengan sebuah parti komponen PR ia itu SNAP. Betulkah begitu kerana setiap sesuatu mesti bersebab....

Sarawak Report telah menerima suatu bukti yang mengejutkan dari kalangan Barisan National di KL, yang mendedahkan suatu rundingan rahsia yang telah dicapai dengan SNAP, dalam usahanya untuk menafikan pembangkang tetapi memantapkan lagi cengkaman BN di Sarawak selepas pilihanraya kali ini.
Kami telah difahamkan bahawa rundingan, dengan melibatkan BN Persekutuan yang mencurah-curahkan wang kepada SNAP yang baharu sahaja dihidupkan semula (di mana SNAP adalah sebahagian dari pakatan pembangkang), telah diputuskan semasa lawatan PM Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin hujung minggu yang lalu. Broker utama UMNO Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, yang turut serta sempena lawatan ke Kuching itu dan telah mengadakan perjumpaan secara sulit dengan pemain-pemain utama SNAP.
Sumber kami, yang menjelaskan rancangan tersebut sebagai “terlalu sulit”, merupakan orang yang amat dekat dengan para pembuat keputusan utama BN KL. Dia mengesah bahawa rancangan tersebut ditimbulkan oleh PM dan TPM yang risau akan keadaan politik semasa di Sarawak, dan merancang untuk menjadikan SNAP sebagai pemecah pakatan pembangkang dan juga bagi mempastikan wujudnya persaingan tiga penjuru di setiap kerusi yang dipertandingkan. Dia juga menjelaskan bahawa BN Persekutuan telah bersedia untuk menyingkirkan Taib, setelah melihatkan keputusan pengundian rahsia yang menunjukkan bahawa Taib akan tetap kalah pada pilihanraya kali ini.
Butir-butir plot yang dirancang
Sarawak Report telah sebaliknya memutuskan untuk menerbitkan maklumat tersebut, supaya orang ramai akan sedar bahawa rancangan BN-SNAP itu sebenarnya dibuat untuk mengelirukan para pengundi. Strategi BN adalah berlandaskan cubaannya untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah-masalah itu dengan membeli SNAP dan menipu sesebuah kawasan pilihanraya supaya para pengundi akan ditipu untuk mengundi SNAP kerana mereka akan menganggap bahawa SNAP adalah parti pembangkang!
Dengan bertindak selaku anti-Taib/anti-parti BN, SNAP, pada mulanya, telah memporakperandakan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang dengan meminta semua kerusi pasti menang. Bersempena perebutan itu maka dirancangkan bahawa SNAP dijadikan sebagai kuasa pembangkang yang berasingan bagi mengelirukan para pengundi menjelang pilihanraya itu nanti.
Para pengatur strategi berharap bahawa pemecahan pakatan pembangkang akan mencerahkan peluang calon-calon BN memenangi, tetapi mereka juga amat yakin bahawa suntikan wang biaya yang banyak dari Semenanjung Malaysia, mereka akan menjadikan SNAP sebuah kuasa pembangkang yang paling kuat supaya ianya dapat memenangi kesemua kerusi di luar bandar di mana sokongan terhadap BN telah kian merosot. Sarawak Report telah diberitahu bahawa para pengatur strategi BN ini merancang untuk mengeksploitasi SNAP yang mereka anggap sebagai ayam tambatan mereka, yang mana mereka dakwa sebagai parti tempatan Sarawak, bukan seperti parti-parti lain yang ditubuhkan dan mempunyai banyak cawangan di Semenanjung Malaysia.
Apabila ditanya bagaimana sesebuah parti yang seharusnya dibanggakan sebagai sebuah Sarawak boleh bertindak sebagai ‘talam dua muka’, sumber kami telah menjelaskan bahawa SNAP kini bukanlah SNAP yang dahulu. Taib telah menyebabkan SNAP berpecah beberapa tahun yang lalu dan membayar rasuah. Namun, sumber kami turut membuat kesimpulan bahawa rancangan BN Persekutuan itu adalah dianggap berkesan untuk menjatuhkan Taib Mahmud, di samping itu BN Persekutuan masih dapat mengawal Sarawak.

Sebahagian dari gambaran yang lebih besar

SNAP, yang telah dihidupkan semula sebagai sebuah kuasa politik pada tahun lepas setelah ianya digantung dalam tahun 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), telah secara konsisten memporakperandakan pakatan pembangkang yang dianggotainya, dengan menuntut status yang jauh lebih besar berbanding bilangan keahliannya yang kecil dan terhad. Pada mulanya SNAP telah memohon diagihkan 3 kerusi pada tahun lepas, kepada 10 kemudian 28 dan kini 40 kerusi, yang akan mengecilkan saiz parti pembangkang utama luar bandar PKR Baru  Bian, supaya bilangan kerusi pembangkang menjadi minoriti.
Dengan bilangan ahli dan calon berpotensi yang terhad pada awal tahun ini SNAP telah dalam keadaan yang terdesak menawarkan pekerjaan dan kedudukan kepada sesiapa yang ingin menganggotainya dan membantu membinanya sebagai sebuah kuasa politik yang boleh dibanggakan. Insentif yang mereka tawarkan pula datangnya dari sumber yang bermisteri, yang mereka dakwa adalah tabung mereka sendiri. Kami juga mendapati bahawa hampir kesemua calon PKR, termasuk ketua Baru Bian telah didatangi oleh SNAP untuk menyertai SNAP sejak beberapa bulan yang lalu, dengan tawaran insentif setinggi RM500,000, namun tiada seorangpun ahli-ahli PKR telah menerima tawaran mereka itu.
Sebuah pengumuman yang dibuat pada minggu lepas bahawa Granda Aing, yang telah kecewa dengan kegagalannya untuk membida jawatan tertinggi dalam PKR, telah menyertai SNAP, yang kemudiannya dinafikan juga. Baru Bian juga disuruh untuk menarik diri dan memberi laluan kepada calon BN di Ba’ Kelalan.
Sebagai usaha untuk menutupi kekurangan calon SNAP yang berpengalaman, mereka telah mempromosikan tokoh-tokok bukan politik mereka dengan tujuan untuk menerbitkan suatu senarai 16 calon yang mereka cadangkan semalam – usaha mereka itu termasuk menjemput seorang ahli pasukan Sarawak Report telah ‘dilamar’ (namun beliau menolaknya).
Pengakuan daripada Stanley Jugol bahawa SNAP adalah dengan sebahagian dari BN
Sarawak Report telah menerima bukti yang berasingan yang menyatakan bahawa Setiausaha Kehormat SNAP Stanley Jugol secara sembunyi-sembunyi telah mengumumkan rundingan antara SNAP dan BN kepada seorang pemberita akhbar tempatan pada minggu lalu.
Menurut sumber kami yang menyatakan bahawa pemberita berkenaan telah menyoal Stanley Jugol mengapa SNAP sering kedengaran menyerang PKR dan bukanya BN yang dianggap “musuh” sebenarnya. Stanley Jugol menjawab dengan mengatakan SNAP ‘memerlukan BN untuk menghantar pembangunan kepada orang-orang di luar bandar dan pedalaman, dan jika ia menyerang BN maka bermakna serangan itu akan mengalang pembangunan dibawa masuk ke kawasan-kawasan itu!’
Gaya percakapan ala-BN sedemikian telah mengejutkan pemberita berkenaan, yang kemudiannya bertanya jika SNAP merancang untuk memasuki BN jika mereka dapat memenangi sebarang kerusi pada pilihanraya kali ini. Di mana Stanley Jugol kedengaran menjawab, “ya”. Menurut sumber kami, pemberita senior itu membuat kesimpulan bahawa Kerajaan Persekutuan adalah pembiaya SNAP untuk menumpaskan PKR. Dalam pada itu, Presiden SNAP Edwin Dundang telah menyebabkan kehairanan di kalangan pemerhatinya dengan kekayaannya secara tiba-tiba. Bekas pekerja Sarawak Shell Berhad yang telah lama bersara itu dilihat,  memandu sebuah trak pick-up Toyota Hilux mewah dan dia telah menjanjikan calon-calon yang berprospek bahawa mereka akan dibiayai sebanyak RM300,000 untuk bertanding di kawasan masing-masing.
Wujud spekulasi sejak beberapa bulan yang lalu mengenai punca wang yang mereka terima itu. Sehingga kini umum telah mengandaikan bahawa terdapat seorang peniaga mewah yang terlibat, tetapi kini nampaknya sumber kewangan itu datangnya dari musuh politik PR sendiri iaitu BN dan inilah suatu cubaan untuk memantapkan SNAP sebagai parti pembangkang palsu!
Plot berahsia tinggi untuk menentang Taib juga

Sumber makumat BN untuk Sarawak Report yang ditemuduga mengatakan bahawa pihak kerajaan persekutuan telah juga merancang untuk menumbangkan Taib Mahmud, yang dianggap kerajaan persekutuan sebagai telah memperoleh ‘bagasi yang terlampau banyak’ untuk terus menjadi Ketua Menteri. Mereka khuatir bahawa BN akan kalah disebabkan penurunan populariti Ketua Menteri yang masih enggan berundur menjelang pilihanraya, dan mereka merancang bukan sahaja untuk mengambil balik kerusi-kerusi yang akan hilang itu dengan mempergunakan SNAP, tetapi mereka juga merancang untuk ahli-ahli pakatan BN melompat parti selepas pilihanraya itu nanti.
Rancangan itu adalah untuk menubuhkan pakatan BN yang baru dengan dipimpin oleh muka baru yang akan mengambarkan kepentingan pihak Malaysia Barat, sebagai mana yang telah dilakukan oleh Taib dahulu. Di antara individu-individu yang dikatakan bersedia untuk lompat parti adalah William Mawan, yang berharap untuk menjadi ketua kaum Dayak. Tetapi, untuk meneruskan agenda biasa mereka, maka Abang Johari akan dijadikan Ketua Menteri di bawah BN.
Menurut sumber maklumat kami, pengendalian oleh BN Persekutuan dianggap sebagai rancangan sulit peringkat tinggi untuk merebut kemenangan pilihanraya itu. Sumber kami itu turut memperincikan bahawa pengurusan plot itu, dengan mengatakan individu di sebalik plot itu adalah seseorang yang berkuasa dan berpengaruh, Leo Moggie, seorang Iban yang kini menetap di KL.
Peranan utama Leo Moggie adalah hubungannya dengan ketua-ketua kaum Iban seperti Daniel Tajem. Tajem pernah suatu ketika dahulu sebahagian dari PKR dan seterusnya mengesahkan Baru Bian sebagai pemimpin yang baik dan bermoral untuk kaum Dayak Sarawak. Namun, menurut sumber kami itu bahawa Leo Moggie kini sedang “merancang sesuatu” bersama Daniel Tajem dan mengeksploitasikan keresahannya bahawa PKR “tidak lagi mampu mengendalikan pemimpin-pemimpin mereka di Malaysia dan bahawa parti itu kini kian lemah”.
Kajian-kajian kami telah membuktikan bahawa pembelotan dengan mengharapkan wang adalah sebahagian dari pola-pola tabiat ahli-ahli politik SNAP sejak sekian lama. Parti berkenaan dikatakan pernah diperkotak-katikkan dan dirasuah oleh Taib Mahmud di Sarawak. Cerita-cerita terkini pula termasuklah kegemaran ahli-ahli SNAP lompat parti sebaik sahaja memenangi kerusi atas tiket pembangkang dan gagal berkempen menentang BN jika dicalonkan sebagai pembangkang. Individu-individu berkenaan telah diperhatikan memperlihatkan kekayaan yang tidak disangka sebaik sahaja selepas insiden-insiden itu.
Hanya baru semalam SNAP telah mengumumkan 16 calon-calonnya untuk bertanding kerusi pembangkang walaupun ia belum pernah mencapai sebarang persetujuan dengan tiga parti pembangkang yang lain dalam Pakatan Rakyat mengenai pembahagian kerusi.
Calon-calon berkenaan telah diberikan pendahuluan sebanyak RM10,000 dan mereka diberitahu bahawa mereka akan menerima lebih banyak peruntukan semasa pilihanraya nanti. Para pemerhati politik telah mengenalpasti bahawa kesemua calon-calon itu tidak mempunyai latarbelakang politik yang tulen atau sejati, dan telah merumuskan bahawa calon-calon itu hanya sekadar jentera bagi SNAP untuk mendapatkan kedudukan.
Dengan bukti-bukti yang ada mengenai plot (SNAP – BN) ini, Sarawak Report ingin mendengar jawapan dari SNAP sama ada mereka adalah sebahagian dari BN dan sama ada mereka dapat mengesahkan bahawa mereka sebenarnya sebahagian dari rancangan pakatan BN selepas pilihanraya nanti. Jika tidak, bagaimana mereka akan mempertahankan tindakan mereka memperokperandakan rundingan pembahagian kerusi di kalangan PR, pertama dengan mengumumkan secara berasingan 16 calon mereka dan kedua dengan seterusnya mengatakan bahawa mereka akan mengemukakan 40 lagi calon untuk 71 kerusi, justeru itu dengan mempastikan wujudnya pertandingan tiga penjuru dalam setiap kawasan pilihan luar bandar dan pedalaman?
Sarawak Report ingin mencadangkan bahawa kini adalah masanya untuk SNAP menunjukkan kecemerlangan. Kami juga mengatakan bahawa inilah masanya untuk mereka menghentikan hasrat mereka untuk menipu pengundi di Sarawak dan bermain dengan politik wang yang seharusnya tidak dilakukan dalam pilhanraya yang bebas, adil dan berdemikrasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan