Klip video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini tersebar di internet.
Malaysiakini difahamkan beberapa laman web anti pembangkang menyiarkan laporan bahawa video yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak tengah hari tadi.
Malaysiakini juga mendapati video yang dilabel sebagai “VTS 01 1" itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "thepowercam" yang menyertai laman kongsi video itu semalam dan dikatakan berasal dari Thailand.
Video sepanjang hanya 1 minit 41 saat itu adalah sumbangan tunggalnya.

Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan