Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Sabtu, 16 April 2011

WANITA UMNO KELANTAN DI"EKSPORT" KE SARAWAK BANTU KEMPEN BN


       (Gambar: Suasana yang tidak akan dapat dilihat di Semenanjung)
BETING MARO, 15 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak terpaksa menggunakan khidmat wanita Umno dari Kelantan untuk menghadapi kempen PAS yang semakin diterima penduduk di Beting Maro.

Keadaan serupa juga berlaku di empat lagi Dun ditandingi parti itu. Difahamkan arahan bagi mendapat khidmat wanita Umno Kelantan dibuat ekoran lawatan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ke Pusa kelmarin.

Ekoran itu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dikatakan menghantar segera 30 wanita Umno dari Kelantan dan ditempat di rumah penduduk di Kampung Pusa.

Satu sumber memberitahu tujuannya untuk mengekang kemaraan PAS di Beting Maro.

“Wanita Umno terbabit ditempatkan di tiga rumah penduduk di Pusa Hilir dengan peruntukan lebih RM10,000,” katanya di sini.

Ketika kedatangan Perdana Menteri ke Pusa pada Rabu lalu beliau turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hanya kira-kira 50 penduduk Pusa yang hadir pada ceramah di pekan tersebut pada hari yang sama. Malah mungkin Perdana Menteri melihat sendiri bendera PAS lebih banyak berkibar di Pusa.

“Kedatangan Najib ke Pusa disambut penyokong-penyokong PAS yang mengibarkan bendera Bulan di jeti Pusa Hilir.

”Keadaan itu menyebabkan Presiden Umno terpaksa berpatah balik sebelum mengadakan lawatan ke Kampung Pusa,” kata petugas media maya dari
Kelantantv di sini.

Menurut petugas terbabit juga BN mula mengagihkan wang kepada penduduk di Pusa dan malam semalam dikesan dua lori sarat dengan hamper dipercayai dihantar ke Pusa.

Ahli PBB keluar parti

Dalam perkembangan lain, seramai 20 anggota PBB di Beladin Tengah dalam Daerah Mengundi Beladin, Beting Maro mengisytiharkan sokongan terbuka kepada calon PAS malam kelmarin.

Pengisytiharan tersebut dibuat di hadapan Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh. Keadaan itu menyebabkan BN meningkatkan tekanan terhadap PAS di Beting Maro dengan menabur wang bagi membeli undi.

Petugas pilihan raya PAS dari Kelantan kini mempertingkatkan lagi keselamatan bagi menghalang cubaan menyogok pengundi di saat-saat akhir.

Semalam juga jentera Pemuda Kelantan yang disertai sama Ketua Pemuda PAS Pusat, Nassruddin Hassan Tantawi mengadakan kempen di Pusa Hulu bagi menarik lebih ramai sokongan pengundi muda.

Nasharudin dan Husam

Turut berada di Beting Maro hari ini Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Malam tadi diadakan ceramah di Dun Tanjung Datu. Hari ini mereka berkempen di Beting Maro.

Manakala calon PAS Beting Maro, Abang Mat bersama jentera petugas muslimat terus berkempen di saat-saat akhir menjelang pengundian pagi esok.

Semalam, Abang Mat bersama jentera muslimat dan seorang doktor menziarahi penduduk di Kampung Batang Maro dalam Daerah Mengundi Beladin, Beting Maro.
Batang Maro terletak di kuala Sungai Batang Saribas dan hanya boleh dihubungi melalui sungai, mengambil masa lebih sejam perjalanan dari Kabong, sebuah pekan terletak dalam Dun Kalaka.

Malam semalam Husam bersama bersama anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut menyampaikan ceramah di Pusa.

Ceramah PKR diganggu


Di Mukah malam tadi ceramah PKR diganggu petugas BN sehingga menyebabkan terpaksa dikawal anggota FRU yang berkawal sehingga program selesai.

Setiausaha AMK Kelantan, Tarmizi Mohd Yusof berkata, petugas BN tidak menghiraukan arahan polis supaya tidak mengganggu ceramah Pakatan
Rakyat.

”Ini merupakan perbuatan tidak bermoral selepas mereka panik apabila rakyat mulai meninggalkan BN,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tarmizi juga berkata, petugas PKR yang datang dari Semanjung menghadapi masalah untuk bermalam kerana hotel yang ditempah dibatalkan pemiliknya.

Katanya beliau hotel terbabit yang pada awal bersetuju, menarik balik difahamkan hasil tekanan pemimpin SUPP.

Beliau juga menasihatkan jentera Pakatan Rakyat lebih berhati-hati di saat-saat akhir sekarang memandangkan pihak lawan difahamkan mahu mengguna samseng bagi menakutkan petugas Pakatan.

Beliau juga menjangka keputusan luar jangka berlaku esok apabila dilihat kesedaran tinggi penduduk terhadap isu tanah adat bumiputera dan sikap muak terhadap Tan Sri Taib Mahmud.

”Ramai penduduk tempatan yang kami temui bercakap mengenai NCR dan Taib Mahmud. Kata mereka Tok Uban (Taib) sudah lama kaya raya, namun rakyat hidup merempat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan