Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Khamis, 28 April 2011

POLIS LAHAD DATU TEMBAK MATI " OYUNG "

TAWAU: Polis Lahad Datu menembak mati seorang lelaki yang dikenali sebagai "Oyong" selepas disyaki terlibat dalam empat kes rompakan di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditembak di Kilometer 14, Jalan Silam-Kunak pada 7.35 malam tadi setelah melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba meloloskan diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sebelum itu, Oyong yang menunggang motosikal, dikatakan bertemu seorang rakan apabila terserempak dengan sepasukan anggota polis.
"Sebaik keluar di jalan raya, anggota polis memberi amaran agar berhenti, namun tidak diendahkan suspek, sebaliknya memecut motosikal sehingga polis terpaksa mengejarnya sejauh lima kilometer sebelum berjaya memintasnya.

"Selepas dipintas, penjenayah berkenaan turun dari motosikal dan terus melepaskan satu das tembakan ke arah polis. Polis yang bertindak mempertahankan diri melepaskan dua das tembakan dan mengenai perutnya," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Polis Daerah seluruh Sabah hari ini.

Polis menemui sepucuk pistol yang berisi lima butir peluru dan satu kelongsong peluru di tempat kejadian.
Hamza berkata polis juga memburu rakan suspek yang dikenali sebagai Dul Kibe, berusia lingkungan 30-an dengan alamat terakhir di Ladang Permai Lahad Datu, yang berjaya melarikan diri dalam kejadian itu.

Katanya, Dul amat dikehendaki polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi polis dengan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan