Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Selasa, 14 Jun 2011

DR.HASSAN KEKAL SEBAGAI EXCO SELANGOR

June 14, 2011

Datuk DrHasan Ali masih kekal sebagai Exco Kerajaan Selangor buat masa ini walaupun telah digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri itu, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dipetik Bernama Online, Khalid (gambar) berkata, pelantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ia perlu dihormati.
“Saya menerima apa yang dicadangkan oleh rakan-rakan dari PAS tetapi pada masa ini ia bukanlah masa yang sesuai untuk sebarang pembaharuan (pertukaran jawatan Exco),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pembentangan Kertas Kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960 di sini hari ini.
Hasan kini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Ahad lalu, Hasan digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai melengkapkan proses pemilihan parti seperti yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas seminggu berakhirnya Muktamar Tahunan PAS pada 5 Jun.
Jawatan itu kini disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar.
Terdahulu, mengulas mengenai pembentangan kertas kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompk) 1960 atau GSA 1960, Khalid berkata ia merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh pasukan khas bagi menasihati kerajaan negeri Selangor mengenai langkah yang boleh diambil untuk membela masyarakat Felda di negeri itu.
Beliau berkata pasukan khas yang terdiri daripada pakar perundangan itu telah beroperasi lebih setahun lepas mengkaji dan meneliti semula Akta GSA 1960 bagi menyesuaikannya dengan situasi pada masa kini.
“Saya perlu menunggu pembentangan dan perbincangan ini selesai sebelum membuat sebarang keputusan. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dan relevan pada akta ini pada masa kini, kita perlu membetulkannya dan mengetahui prosedur untuk melakukannya,” katanya.
Khalid berkata pembentangan itu perlu menjurus kepada pelan tindakan bukan perbincangan semata-mata termasuk memberitahu kerajaan pusat mengenai perkara yang perlu dilakukan dalam usaha memastikan hak dan nasib masyarakat Felda terbela.
Terdapat kira-kira 10,000 warga Felda di negeri itu terutamanya di kawasan Hulu Selangor.

--MI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan