Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Rabu, 1 Jun 2011

RAKYAT AKAN TAHU KES SCORPENE - AMK


KUALA LUMPUR: Keputusan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membawa kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis, merupakan peluang kepada rakyat Malaysia mengetahui kebenaran di sebalik skandal itu.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Lee Khai loon berkata,  kerajaan selama ini menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebagai alasan  tidak mendedahkan sebarang maklumat atau keputusan dalam perolehan senjata kepada orang awam, mahu pun ahli parlimen.
“Sebenarnya terdapat banyak kes-kes perolehan senjata yang tidak telus termasuk yang dibongkarkan oleh YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam kes pembelian 6 buah Offshore Patrol Vessels yang bernilai RM 6 billion.
“Oleh itu, tindakan Suaram yang membawa kes rasuah ini ke Mahkamah Perancis seolah-olah membuka Pandora Box. Rakyat akan berpeluang untuk mengetahui kebenaran dalam kes rasuah yang selama ini ditutup dalam negara,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, badan NGO sebelum ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat komisen besar 114 juta euro (RM493.53 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.
“Namun demikian, SPRM tidak mengambil sebarang tindakan yang menyakinkan terhadap desakan badan NGO sampai hari ini.
“Tiada keazaman politik daripada SPRM dalam penyiasatan kes rasuah yang penting tersebut,” katanya.
AMK berpendapat proses perolehan senjata yang melibatkan peruntukan yang tinggi perlu dipantau oleh Parlimen untuk mengelakkan sebarang komisen yang terlampau tinggi serta gejala rasuah yang berleluasa.
Justeru, AMK menyokong sepenuhnya usaha SUARAM melancarkan Ops Scorpene untuk mengumpul dana sebanyak RM100,000 bagi membiayai kos guaman perbicaraan kes rasuah tersebut.
“Semua rakyat Malaysia diseru untuk memberi sokongan kepada SUARAM dalam Ops Scorpene untuk memastikan kerajaan kita sentiasa bertanggungjawab ke atas kepentingan rakyat, urustadbir yang cekap,” tegasnya.

--keadilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan