Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Jumaat, 24 Jun 2011

"UDAHLAH TU...BERSARALAH"


Parti Sosilis Malaysia (PSM) akan melancarkan kempen ‘Udahlah tu…Bersaralah’ mulai 24 hingga 26 Jun secara serentak ke seluruh negara. Dua lokasi pertama kempen ialah di Perlis dan Johor iaitu negeri di utara dan selatan semenanjung.
Perjalanan dari negeri-negeri di utara akan menjelajahi kawasan luar bandar menuju ke negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan berakhir di Sungai Siput.
Manakala kempen jelajah dari negeri selatan semenanjung bermula di Johor melalui pekan-pekan di Melaka, Negeri Sembilan dan berakhir di Kota Damansara, Selangor.
Menurut Setiausaha Agung PSM S Arutchelvam, kempen kesedaran nasional ini menuntut rakyat untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kempen ini akan mendedahkan amalan rasuah yang semakin parah, jurang kaya dan miskin semakin melebar dan mendedahkan taktik pemerintah menggunakan ketegangan kaum.
“Demokrasi di Malaysia semakin tenat. Jika Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum ke-13, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan di laksanakan.
“Aset awam akan hancur, dalam masa sama hakmilik persendirian akan terus dipertahankan. Polisi perkauman bermaharalela dan kaum marhaen dan rakyat akan merana,” kata Arul dalam kenyataannya berhubung program berkenaan.
Dalam pada itu beliau memaklumkan, kempen ini melibatkan kerjasama dengan parti-parti Pakatan Rakyat, kumpulan masyarakat dan jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Konsep kempen secara ‘Whiste-Stop’ dengan menggunakan bas dan peserta yang akan melalui beberapa destinasi selama 3 hari.
Risalah akan diedarkan dan poster dinaikkan sepanjang perjalanan bas tersebut. Ceramah kelompok dan umum akan diadakan pada waktu malam setiap hari sepanjang program dan kenyataan media akan dikeluarkan sebagai pemakluman perkembangan kempen.
“Kalau rakyat marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil untuk rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita.
“Cukuplah 54 tahun kita menderita dibawah pemerintahan satu parti. Sekarang adalah masa untuk perubahan. Kuasa di tangan anda. Jangan gadaikan harapan anak cucu kita di tangan rejim yang korup dan tidak demokratik,” kata Arul.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat perjalanan, kepada mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau menyertai program adalah digalakkan untuk menghubungi sekretariat program di talian 012-5061357 (bagi perjalanan utara) dan 019-2275982 (bagi perjalanan selatan)
Laman web Parti Sosialis Malaysia boleh dilayari di pautan http://www.parti-sosialis.org/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan