Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 21 Februari 2011

236 BUAH PULAU BELUM ADA NAMA

Sebanyak 236 daripada 642 buah pulau yang berada dalam perairan negara ini masih belum ada nama dan langkah segera perlu dilakukan untuk memberi nama kepada pulau berkenaan sebelum ia menjadi isu apabila dituntut oleh negara lain.

bn supreme council mt meeting sapp sabah issue 190608 joseph kurupTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup berkata apa yang membimbangkan ialah semua pulau tanpa nama itu terletak di Sabah.

Kurup berkata entiti milik negara, khasnya pulau yang belum ada nama, perlu dinamakan dan diwartakan segera supaya ia tidak mudah dituntut sewenang-wenangnya oleh negara lain.

"Tindakan ini sangat signifikan kerana sesebuah negara boleh menuntut sempadan perairan sehingga 200 batu nautikal dari pulau tersebut termasuk sumber ekonomi di persekitarannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar mengenai Nama Geografi dan mesyuarat bahagian ke-18 Kumpulan Pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Nama Geografi, Asia Tenggara dan Barat Daya Pasifik (UNGEGN ASEPSW) di
Kuala Lumpur, hari ini.

sabah islands suffer neglect 050609 sipadan 02Justeru, Kurup berharap kerajaan negeri Sabah terutamanya serta agensi di bawah kementeriannya bertindak lebih pro-aktif dan segera dalam mengenal pasti kawasan dan entiti di negara ini yang belum diberi nama.

"Untuk itu, usaha perlu ditumpukan kepada penentuan serta pemilihan nama yang terbaik dengan mengambil kira, jika ada, nama yang telah digunakan oleh penduduk sekitar sejak sekian lama," katanya.

Beliau berkata menurut statistik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Malaysia menpunyai 878 buah pulau dan 510 entiti geografi luar pesisir seperti batuan, beting, terumbu, permatang, tompok dan alur.

- Bernama

1 ulasan:

  1. Saudara dan saudari yang dikasihi ke dalam Dhamma

    Kami ingin memaklumkan kepada semua penganut Buddha di Malaysia tentang Datuk YIP KUM FOOK yang merupakan presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. Orang Buddha perlu mengikut banyak peraturan sila, tetapi YIP KUM FOOK tidak ada sebarang peraturan sila dalam agama Buddha, ia sangat memalukan kepada orang ramai

    Juga, dia memanggil polis untuk mengganggu Sami Buddha di kuil. Menambahkan dia menipu wang Rm20,000.00 Sami Myanmar (Ven. Nandiya) tidak pernah membayar balik, ramai orang tahu mengenainya.

    Sebaliknya, Datuk YIP KUM FOOK ini tidak malu dan segan terhadap penganut Buddha atau Buddha, dia berpendapat, dia seorang yang sangat berjaya, juga dia kotor dalam politik MCA.
    Terima kasih banyak-banyak dan tolong kongsikan dengan semua
    Encik Fong, Kajang
    Diterjemahkan oleh Dr. Chew

    BalasPadam