Hari ini Ops Daulat
sudah memasuki hari Kesebelas. Kami boleh nampak sendiri air
muka Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin cukup
sedih tetapi tegas, ditambah dengan kemarahan yang tidak boleh
diselindung lagi ketika dalam sidang media.
Apatah lagi melihatkan perkhabaran yang
cukup menyedihkan apabila satu demi satu anak buahnya dan perwira untuk
28 juta rakyat Malaysia terkorban (DI SINI). Alhamdulillah kita mendapat perkhabaran….
Alhamdulillah kita mendapat perkhabaran yang “cukup meyakinkan” sejak Ops Daulat
yang mula dilancarkan, apabila Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan
Sri Zulkifeli Mohd Zin sudah meniup semboyan yang cukup-cukup tegas bagi
melawan saki-baki pengganas Lahad Datu kali ini.
OPS Daulat : Berita terkini Dari Lahad Datu
Hari ini adalah hari kesebelas sejak Ops Daulat Lahad Datu Sabah dilancarkan :
- Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah
- Gempuran Ops Daulat akan dilakukan dalam tempoh sekitar 48 jam lagi
- ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Febebuari lepas.
OPS Daulat : Antara Peralatan Senjata & Kekuatan Anggota Pertahanan Yang Bakal Ditambah.
- Sebelum ini, ketika gempuran Ops Daulat pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan.
- Untuk Ops Daulat Kali ini beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat + Machine gun dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.
- Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109
- 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di lahad Datu secara berperingkat
Alhamdulilah. Barulah buku bertemu
dengan ruas. Kalau dahulu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjaga
menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km, kali ini Kementerian
Pertahanan yang diberi tanggungjawab menjaganya.
Mereka ini yang sememangnya yang lebih
layak menjaga pertahanan negara yang cukup terdedah daripada serangan
musuh sekarang ini termasuklah di Sabah.
Semoga operasi Ops daulat
Lahad Datu menjadi semakin lancar mendapat arahan terus tanpa birokrasi
yang berlebihan yang mana tanpa campur tangan yang berlebihan daripada
kalangan yang berkepentingan tetapi tidak berkelayakan dan tidak
berpengalaman (Contohnya Menteri Ini) dalam operasi penting seperti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan