Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Jumaat, 4 Februari 2011

BANJIR DI KAMPUNG SEGAMA,LAHAD DATU


BANJIR DI SEGAMA,LAHAD DATU,SABAH.

 Banjir melanda buat kali kedua di Kg.Batu 8,Segama,Lahad Datu. Banjir pertama kali telah melanda kampung ini pada minggu lepas dan telah surut beberapa hari kemudian. Musim hujan yang berterusan telah menyebabkan air naik dan melanda kawasan ini buat kali ke dua.

   Jalan utama di Batu 7 yang menghubungkan kampung ini dengan pekan Lahad Datu telah ditenggelami air dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat seperti lori sahaja. Penduduk kampung ini yang hendak ke pekan Lahad Datu terpaksa menggunakan jalan Lahad Datu-Sandakan.



                                        







Pasukan keselamatan belum lagi dihantar ke kawasan ini kerana keadaan masih terkawal dan penduduk kampung masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Air dijangka akan naik memandangkan hujan yang masih turun sejak pagi lagi. Banjir yang paling besar pernah melanda kawasan ini ialah pada tahun 1981 yang telah menenggelamkan hampir keseluruhan kawasan kampung ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan