Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Sabtu, 19 Februari 2011

DUA RAKAN PELAKON GENGSTER DITAHAN

                                                         ( Ekoran daripada kes ini )

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan isu perkahwinan kedua seorang pelakon lelaki menggunakan sindiket nikah palsu.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata kedua-dua lelaki berumur dalam lingkungan 30an ditahan selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 8 pagi tadi.
Pelakon sebuah drama bersiri popular berusia 43 tahun bersama tiga rakannya dikatakan mengugut dua pegawai SPRM semasa pegawai itu cuba mendapatkan maklumat daripada pelakon itu di sebuah kedai makan di Danau Kota, Setapak, Isnin lalu.
"Kami sudah mendapatkan perintah reman selama lima hari mulai mulai hari ini untuk menjalankan siasatan terhadap kedua-dua suspek itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut," kata Zakaria, Sabtu.
Katanya polis kini menjejaki seorang lagi rakan mereka yang dipercayai turut terlibat dalam kes tersebut.
Sebuah akhbar tabloid hari ini melaporkan pelakon itu ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan sebaik sahaja menyerah diri di Balai Polis Kepong, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara 500 pelanggan menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkarkan oleh SPRM Ahad lalu selepas menahan empat anggotanya termasuk seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

--mStar

Minda MS : Itulah akibat bersekongkol dengan orang yang dah kamu tahu samseng. Kalau nak cari makanpun carilah di tempat yang betul..kan dah kantoi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan