Ehsan : Malaysiakini
Tawaran pinjaman pelajaran kepada anak seorang pemimpin PKR ditarik
balik apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempertikaikan status bapanya
sebagai seorang Melayu.
Menurut pemimpin PKR Batu Pahat, Syed
Hamid Ali, MARA membatalkan pinjaman pelajaran ke luar negara yang
ditawarkan kepada anaknya Akmal Hakim, 17, kerana Syed Hamid telah
didaftarkan sebagai 'Arab' ketika dilahirkan.
"Saya
dah 69 tahun. Dulu orang yang daftar saya bukan ayah saya. Saya
semak-semak, jiran saya yang daftarkan waktu tu. Nama syed, jadi dia
bubuh Arab.
'Itu sebelum merdeka, lepas merdeka ada perlembagaan
Artikel 160 yang kata siapa Melayu. Selama ni saya tak pernah rasa Arab.
Cakap Arab ana ente je saya tahu.
"Saya daftar anak saya sendiri. Surat beranak dia tulis keturunan bapa Melayu," katanya.
Syed
Hamid, yang merupakan adik kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed
Husin Ali, berkata anaknya menerima surat pembatalan itu melalui kurier
pada 23 Jun.
Sebahagian daripada surat itu, yang disiarkan Syed
Hamid di laman Facebook beliau, menyatakan seorang atau kedua-dua ibu
bapa pemohon penerima pinjaman pelajaran Mara mestilah Melayu atau
bumiputera.
"Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa tawaran
saudara untuk program seperti di atas dibatalkan, kerana tidak memenuhi
syarat seperti di atas," nyata surat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan