IRING.....S. Kalaichelvi diiringi polis selepas dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya.
KUALA
LUMPUR : Kisah seorang surirumah, S. Kalaichelvi yang dijatuhkan
hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya
mendapat perhatian banyak pihak.
Ramai yang
bersimpati dengan nasib beliau itu dan tidak berpuashati dengan hukuman
yang terpaksa beliau hadapi kerana mempertahankan diri dari dirogol.
Namun
ada juga yang berpendapat hukuman itu wajar kerana pembunuhan itu
dianggap kejam berdasarkan kesan luka kepada kepala perogol itu.
Di
Ipoh Isnin lepas, seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki
yang dikenalinya telah dihukum penjara kerana tindakannya menetak
perogol dengan parang sehingga menyebabkan kematian.
Kerana
perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah
menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun,
selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang
cuba memperkosanya pada tahun lepas.
Hakim
Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani
hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M.
Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di
antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.
Mengikut
fakta kes, lelaki yang dikenalinya itu menceroboh rumahnya kira-kira
jam 3 pagi dari pintu belakang ketika suami wanita itu tiada di rumah.
Lelaki itu cuba memperkosanya tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu.
Dalam
keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan
Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi
dan memukul kepala lelaki itu.
Apabila lelaki itu berjaya merampas batang besinya, wanita itu mencapai parang dan menetaknya beberapa kali sehingga mati.
Beliau dengan bantuan suaminya kemudian membungkus mayat lelaki itu dan membuangnya ke parit di tepi jalan menjelang pagi.
Hakim
Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi
sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan 'pembunuhan kejam'
terhadap perogol tersebut.
Seorang
pengguna facebook telah memasukkan cerita ini dalam dinding facebook
dan mendapat sambutan hangat para pengguna laman sosial itu.
Tidak
sampai satu jam ia dimasukkan, 6,536 orang telah berkongsi cerita ini
manakala 5,470 menyatakan 'like' kepada cerita ini. Cerita ini juga
menerima 4,341 komen dalam masa 40 minit.
Hampir
semua komennya tidak berpuashati dan meminta kes ini dikaji balik untuk
memberikan keadilan kepada wanita yang berani mempertahankan dirinya
ini.
Appu Brothers menulis:
"Kes
ini perlu dikemuakan kepada Jabatan Peguam Negara serta human right's
masalah ini perlu ditangani. Kita semua adalah manusia tak perlu fikir
tentang agama, kasta atau taraf perkara ini perlu ditegas serta merta.
Jom kita sebarkan masalah ini serta merta dan berjuang dapatkan
keadilan."
Namun
ada juga yang mempertahankan keputusan hakim ini kerana perogol itu
telah ditetak dengan banyak kali berdasarkan kesan luka pada kepala
lelaki itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan