Sumber : MIMPI SENJA.Blogspot.com
Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan
bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan bekas perdana
menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.
Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal
Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan
Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding
semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu
menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika
itu.
Tengku Azlan merupakan antara veteran
Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti umno itu
dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib
yang dianggap gagal memulihkan Umnoyang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.
Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib
Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang
menghantar foto keratan akhbar itu semalam.-jalan pulang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan