GEORGE
TOWN, 23 Dis — Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mesti menerangkan
kepada pimpinan parti tentang penglibatan beliau dengan syarikat
pembalakan dikatakan menerima tawaran dari kerajaan negeri PAS Kelantan
sebagai pertukaran dengan jawatan menteri besar (MB) Perak, kata
pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini.
Karpal berkata, Ngeh yang mengaku sebagai pengarah dalam syarikat
tersebut, mesti memberi keterangan kepada kepimpinan parti yang akan
membuat keputusan selepas penerangannya.
“Ini adalah isu yang serius, jadi beliau mesti menerangkan kepada kepimpinan parti,” kata Karpal dalam sidang medianya hari ini.
“Nasihat saya kepada pemimpin DAP, supaya elakkan diri dari kedudukan
yang mengakibatkan persepsi salahlaku,” kata peguam dan ahli parlimen
itu.
Ngeh, bersama sepupunya Nga Kor Ming, yang juga pemimpin DAP Perak
dan ahli parlimen Taiping, dituduh terlibat dalam pertukaran tanah untuk
jawatan MB minggu lalu oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan
Nasional (BN) dalam sidang dewan.
ADUN BN Perak itu mendakwa Ngeh dan Nga dianugerahkan tanah bernilai
RM30 juta sebagai pertukaran dengan jawatan MB yang disandang oleh Datuk
Seri Ir Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya 2008.
DAP, PAS dan PKR membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Pakatan
Rakyat (PR) yang akan bersaing dengan BN dalam pilihan raya akan
datang, yang akan diadakan selewat-lewatnya selepas mendat 2008 tamat
pada April hadapan.
Semalam, Ngeh memberitahu akhbar The New Straits Times (NST) beliau
dan Nga melabur di dalam projek tersebut tetapi menafikan kerana
pertukaran dengan jawatan MB.
Ngeh beberapa hari lalu memberitahu wartawan bahawa beliau dan Nga
melabur di atas jemputan klien mereka Upaya Padu Plantations Sdn Bhd.
Beliau berkata penjanjian jual beli tanah tersebut ditandatangani pada 3 Mei 2006, dua tahun sebelum pilihan raya 2008.
Ngeh dan Nga, yang juga ADUN di Perak, dimana Ngeh adalah ADUN Sitiawan manakala Nga pula ADUN Pantai Remis.
Ngeh memberitahu bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah dan beliau
akan memikirkan untuk menyaman mereka yang menfitnah dirinya dan Nga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan