Sumber : Malaysian Insider
21 DIS — Pemilihan anggota CEC dalam DAP tiba2 jadi
isiu yang hangat. Mengapa demikian? DAP bukan parti komponen BN. MCA
yang sama usia dengan Umno tidak ada bangsa Melayu. MIC pun demikian
juga. Umno pun tidak ada bangsa Cina. Persoalan pokok nya, janganlah
kita hendak memaksakan nilai yang kita pegang keatas parti lain. Tahulah
DAP dan Melayu dalam DAP membuat adjustments nya. Yang paling penting
DAP bersama PAS dan PKR mahu menumbangkan Umno yang rasuah, korap dan
penindas bangsa sendiri. Amat benar kata Zaaba 80 tahun yang lebih,
penindas yang zalim sekali ialah dari kalangan bangsa sendiri.
Apa pasal orang Melayu yang beragama Islam mahu meletakkan
masa depan, keselamatan mereka, rezeki mereka kepada Umno? Umno hanya
sebuah parti politik dan tidak boleh menyamai Tuhan. Dan orang Melayu
sudahpun insaf bahawa tanpa Umno, mereka tetap boleh hidup bahkan
menikmati kehidupan yang lebih baik daripada bergantung kepada Umno.
Orang Melayu di Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau
Pinang dan Perak sebelum rampasan kuasa oleh Umno hanya perlu bertanya —
adakah kehidupan mereka dibawah PR lebih baik dari kehidupan dibawah
Umno? Jika jawapan nya ya, maka mereka sudah bertemu dengan jawapan
kepada samaada Melayu akan rosak binasa jika Umno tewas. Mari kita
berhenti dari diperbudak budakkan oleh Umno dan ditakutkan oleh Umno
supaya mempercayai bahawa tanpa mereka, Melayu akan binasa.
Melayu yang masuk DAP dihina sebagai murtad, tukar bangsa
dan jual bangsa. Eloklah kita nyatakan disini — kita tetap Melayu — yang
cina itu biarlah dengan cina mereka. DAP hanya landasan politik sahaja.
Bukankah lebih baik masuk PKR atau PAS? Saya syorkan kepada mereka ini —
berhentilah jadi bodoh. Kita hendak lawan dengan kamu, kamu mahu
tentukan parti mana kita mesti masuk? Peduli apa parti mana yang kita
pilih — yang penting kita hendak lawan Umno. Umno yang bersenapang ajak
kita lawan, tapi mereka menetapkan parang dan pisau mana kita pilih.
Tapi inilah suara yang datang dari parti yang sekarang ini dianggotai
oleh orang yang bermutu rendah. bukan saya kata — Dr Mahathir yang kata.
Yang cerdik masuk DAP, yang pandai masuk PKR dan yang bijak masuk PAS.
Jadi apa yang tinggal dalam Umno? Half past six punya orang.
Melayu dalam PAS, PKR dan DAP tidak kurang sentiment
keMelayuan nya dari Melayu dalam Umno. Orang Umno tidak perlu cakap
besar mereka lebih utamakan agama, bangsa dan negara. Kita bukan tak
tahu latar belakang kamu.
Hanya mereka berada dalam parti politik yang berlainan.
Orang Melayu hari ini bukan lagi kerja mereka menaksir jika Umno kalah
apa jadi kepada orang Melayu dan perkara2 yang dekat dihati mereka? Kita
bukan budak kecil atau yang terencat fikiran yang mesti dijaga oleh
Umno. Dalam pada jaga itulah pemimpin Umno ambil kesempatan dan
malakukan rasuah dan lain2 penganiayaan terhadap bangsa sendiri.
Cuba kita tanya, soalan yang lebih penting — boleh kah
kita letakkan masa depan bangsa , agama dan negara dalam tangan
perasuah, pengurus yang tidak cekap dan pemimpin yang zalim? Negara maju
kalau pengurusan nya diletakkkan dalam tangan pimpinan yang baik yang
mempunyai kebolehan, keupayaan, dedikasi dan komited kepada mendukung
kepentingan rakyat. Ini soalan yang lebih penting daripada bertanya apa
masa depan Umno. Umno tidak ada masa depan sebab pemimpin mereka rasuah,
zalim dan tidak cekap. Rakyat tak boleh amanahkan negara ini dalam
tangan puak Umno.
Kalau Umno utamakan orang Melayu, mereka tidak jual tanah
reseb Melayu. Kalau Umno utamakan Islam, pemimpin tak senyum dan tumpang
gembira bila orang kafir MCA mempersendakan dan mengejek agama Islam.
Kalau Umno sayangkan raja2 mereka, mereka tidak mebiarkan raja melakukan
kezaliman dan kejahatan dan penganiayaan sebab rakyat akan benci raja2
Melayu kalau dibiarkan. Umno biarkan sebab mereka boleh ugut raja2
Melayu kalau tidak ikut Umno, maka masa depan raja Melayu yang diancam.
Yang mengancam? Umno!
Orang Umno selalu bertanya — bayangkan apa kerugian orang
Melayu kalau Umno kalah? Cuba kita tanya dari sudut yang berlawanan.
jika Umno kalah, apa faedah yang orang Melayu dapat? Apa kebaikan2 nya?
Bukan nya, kalau Umno kalah, orang Melayu boleh terus hidup atau tidak,
agama Islam akan terjaga atau tidak, raja2 Melayu akan terus ujud atau
tidak.
Semua perkara2 ini tidak pun terancam kalau Umno kalah.
Umno bukan Tuhan yang dipuja oleh penyokomg nya. Seolah olah nya, kalau
Umno tidak ada, kepada setengah orang, dunia mereka kiamat. Dunia kiamat
kepada mereka yang dapat tender secara runding terus, yang buat rasuah,
yang guna kedudukan untuk kayakan diri. Pendek kata dunia kiamat untuk
mereka yang mendukung suatu system yang beri ganjaran kepada yang kurang
berkerja dan yang bertenggek atas system tersebut.
Rakyat benci melihat, mereka yang ambil jalan pintas, yang
mengguna hubungan politik, kedudukan mendapat ganjaran lebih dari
mereka yang kerja dengan jujur, yang belajar tinggi dan sebagainya. Jika
sitem demikian terus diamalkan, bagaimana rakyat mahu berkerja keras
dan jujur jika melihat dalam hidup, matlaon dan kaki haprak lebih
berjaya dari kita. Itu system yang didukung oleh Umno dan para pemimpin
nya gagal mengubah system tersebut.
Apakah orang Melayu akan sejahtera dan ekonomi mereka
bertambah baik? Selama diperintah Umno — pemimpin Umno sendiri mengakui
bahawa orang Melayu mengemis dalam negara sendiri. 8.5 juta hidup dengan
pendapatan RM1,500 kebawah. Itu 47 peratus dari penduduk bangsa Melayu.
Kalau dikira pendapatan RM3000, 70 peratus adalah Melayu. Apa faedah
yang orang Melayu dapat sejak diperintah oleh Umno? —
sakmongkol.blogspot.com
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Kembar Seiras blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan