Profil
Nama: Ustaz Azhar Idrus
Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.
Pendidikan:
Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men.
Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman
(tgkt 3&6)
Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.
Anak:
Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd
Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.
Hobi:
Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas.
Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3
dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi
www.digitalmukmin.com.
Sepintas lalu
Dahulunya
Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala
Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di
stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk
buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja
menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz
yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara
berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu
malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu
bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk
merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan
Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik.
Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan
berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah
beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada
alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru
agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz
kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan
baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila
muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada
pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar
di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin
menjadi sepertinya juga.
Perubahan
Bermula
1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad
tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru
Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf,
Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan
Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan
Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof,
fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah,
hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.
Setelah
berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau
Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999.
Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan
melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan
kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat.
Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.
Dengan
kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa
mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya.
Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari
selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar
bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa
itulah kita berehat.
Pok Mang disisi Ustaz
Beliau
adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok
Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi
kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang
atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan
kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang
mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya
bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang
menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas
kepada Ustaz sampai ke hari ini.
Sumber: Majalah Anis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan