Ehsan : The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 27 Jun — Pengerusi Bersih Datuk Seri Ambiga
Sreenevasan menegaskan, tindakan memberi kerakyatan demi undi, bukannya
menuntut pilihan raya adil dan bersih, katanya sehari selepas ahli
Parlimen Umno menuntut supaya beliau dihukum gantung.
Peguam itu (gambar)
yang juga merupakan seorang aktivis telah mengetuai gerakan menuntut
pilihan raya adil dan bersih termasuk menuntut pembersihan senarai nama
pengundi meragukan dibuang daripada daftar pengundi telah berulang kali
dianggap sebagai pengkhianat oleh pro Barisan Nasional (BN) dan menuntut
kerakyatannya dilucut.
Namun seorang pemimpin Umno semalam mencadangkan Ambiga digantung
kerana menganjurkan dua perhimpunan jalanan, yang mana Najib mendakwa
sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan.
“Mungkin kita seharusnya boleh menggantung Ambiga atas penderhakaan
terhadap Agong,” kata ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz di
Parlimen malam tadi, dan menyebabkan berlakunya keganasan di ibu negara
pada 28 April lalu.
Pemimpin yang sudah empat penggal berkhidmat itu turut membandingkan
Ambiga dengan pemimpin Al-Maunah yang cuba menjatuhkan kerajaan pada
2000 dan telah dihukum gantung kerana “mengisytiharkan perang ke atas
Raja”, individu pertama yang dijatuhkan hukuman tersebut.
“Gantung sahaja!!” Bunyinya seperti Alice in Wonderland!!,” kata Ambiga terhadap kenyataan tersebut.
“Namun, serius, saya ada soalan untuk ahli Parlimen, adakah saranan
Bersih 2 akan di laksanakan sebelum PRU13?” soalnya, melalui satu emel
kepada The Malaysian Insider.
Beliau menjelaskan PRU13, yang telah dispekulasikan dengan meluas
akan dilaksanakan sebelum hujung April depan, dilihat ditangguhkan oleh
Najib perlu melaksanakan lapan tuntutan Bersih.
“Tawaran oleh rakyat untuk membantu membersihkan pilihan raya masih
berjalan dan beliau selaku pemimpin yang dilantik saya percaya lebih
berminat untuk tahu respon berkenaan soalan kritikal ini,” kata Ambiga.
Tambah beliau: “Berhubung penderhakaan, menuntut pilihan raya adil
dan bersih bukanlah satu penderhakaan. Memberi kerakyatan untuk undi
barulah sejenis penderhakaan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan