GEMBIRA.....Bagaikan
kera mendapat bunga atau bagaikan si Kudung mendapat cincin, Yusof begitu gembira
menandatangani watikah perlantikan beliau sebagai Calon BN bagi DUN N 50, Lahad
Datu.
Oleh : PROFESSOR UMNO
KEPUTUSAN Perdana Menteri
untuk mencalonkan adik salah Naib Presiden UMNO, Datuk Haji Mohd Yusof Apdal,
'Banduan Politik' yang digantung keahlian selama satu penggal kerana politik
wang menunjukkan Tranformasi Politik yang cuba dibawanya gagal diserlahkan.
Amat malang bagi demokrasi
di Silam kerana Najib tidak tegas dengan keputusannya untuk memilih
sekurang-kurang AJK UMNO Bahagian sebagai Pra-syarat untuk dipilih sebagai
calon kerana memilih Yusof yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Bahagian
atau UMNO; melainkan pelobi projek dan pemburu komisyen 20 % bagi pihak
abangnya untuk semua projek mega NKRA.
Walaupun ramai calon yang
layak, terutama yang berada di luar bahagian setaraf dengan Yusof, seperti Haji
Matusin Sunsang, Haji Yusof Serangit; atau dalam bahagian seperti Saleha Abdul
Wahid; tetapi kesilapan Najib mendengar 'pujuk rayu' Yusof dan abangnya, Shafie
telah menyebabkan DUN Lahad Datu dan Parlimen Silam berada dalam risiko
terlepas kepada pembangkang, terutama PKR.
Sekalipun lawan Yusof, Dr
Hamid Awong hanyalah pendatang baru dalam politik, tetapi profesor yang
mengukir nama dalam bidang penyelidikan marin di Australia dan Amerika ini
mempunyai kekuatan peribadi untuk mendapatkan undi protes daripada Wanita dan
golongan yang marah dengan 'Penjajahan Orang Semporna' di Lahad Datu dan
Parlimen Silam sejak di zaman Tun Sakaran lagi.
Hamid hanya memerlukan
sedikit undi daripada ahli UMNO yang kecewa kerana Anak Jati Lahad Datu yang 'Anti-Semporna'
bertekad untuk memastikan Yusof kempunan dalam PRU-13 setelah sekian lama
politik Lahad Datu di bawah ketiak pemimpin Semporna.
Entah badi apa yang menimpa Silam/Lahad
Datu sehingga tidak ada anak tempatan yang layak menjadi Ahli Parlimen kerana
semua Ahli Parlimen sejak merdeka adalah 'Bidan Terjun' ataupun 'Sehek' dari
Semporna.
Bermula daripada Dara Lampad
(bapa Ketua Wanita UMNO Semporna Hajjah Manismuka); Tun Sakaran Dandai (Semporna);
Abdillah Abdul Hamid (Semporna); Datuk Railey Jeffrey (Keeling Island, Cocos); Datuk
Samsu Baharun Haji Abdul Rahman (Semporna); Salleh Kalbi (Semporna) dan baru
pertama kali Parlimen Silam diwakili Anak Jati Lahad Datu iaitu Datuk Datu
Nasrun Datu Mansur.
Tindakan Najib memilih Yusof
umpama meletakkan nila setitik ke dalam segelen susu kerana menyebabkan luka
lama berdarah kembali dengan dendam kesumat; apatah lagi Yusof turut bersubahat
dengan abangnya menaja pembangkang dalam Pilihanraya Kecil Batu Sapi 2010.
Walaupun video pengakuan
jujur 'mangsa tipu' telah diserahkan kepada Perdana Menteri, namun Najib tetap
memilih Yusof dan membuang Salleh Kalbi yang selama ini banyak menaikkan nama
BN di Parlimen terutama melancarkan perang psikologi terhadap Anwar Ibrahim.
Jika punca utama Salleh Kalbi
digugurkan kerana menghadiri dan berucap di Majlis SAPP; apa bezanya dengan
Yusof dan abangnya Shafie kerana menaja pembangkang (bukti mencukupi ada pada
beberapa orang yang dipercayai turut memiliki Videoklip mangsa).
Bagi mengelakkan BN
kecundang buat pertama kali di Lahad Datu, ada baiknya Yusof mengundurkan diri
dan memberikan laluan kepada Anak Jati Lahad Datu seperti Ketua Wanita, Ketua
Puteri atau Ketua Pemuda?
Sebagai pemimpin yang 'dibuang'
daripada UMNO melalui Lembaga Disiplin dan tewas pada pemilihan UMNO 2008,
Yusof seharusnya sedar diri dan berhenti bermain 'wayang' terutama mimpi lama
untuk menjadi Ketua Menteri Sabah setelah abangnya gagal menumpaskan Musa Aman.
Masih ada 24 Jam dari
sekarang untuk Yusof berundur secara terhormat sebelum dimalukan oleh Anak Jati
UMNO yang kini berjinak dengan Dr Hamid Awong dan calon STAR, Ariffin Hamid
Marican.
SAYONARA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan