Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 29 April 2013

UMCEDEL BELASAH NAJIB KERANA PERTIKAI KAJIAN


Merasakan bahawa kajian yang dilakukan pihaknya tidak dihargai setelah berhempas pulas membuat analisa tentang pilihan raya umum 5 Mei nanti, tanpa rasa takut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menempelak komen yang dibuat BEKAS perdana menteri, Najib Razak sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Umcedel menyatakan kekesalannya terhadap pihak yang mempertikaikan kewibawaan tinjauan mereka selepas Najib Razak tidak bersetuju dengan hasil kajian tersebut.

Malah, kata Sekretariat Umcedel, sikap pengerusi BN itu berbeza sama sekali dengan pendirian Najib sendiri sebelum ini apabila Umcedel membentangkan kajiannya bahawa gabungan parti pemerintah akan terus berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13.

Pada masa itu, kata mereka, Najib mengaku teruja dengannya dalam sebuah program di Kuantan pada 21 Januari tahun lepas dan kenyataan itu diulang dalam siaran televisyen dan tiada sebarang persoalan ditimbulkan tentang kajian itu.

Kenyataan itu juga katanya terakam di blog politik dan masih boleh dibaca hingga hari ini.

Najib semalam berkata beliau tidak bersetuju dengan tinjauan Umcedel yang menyebut beliau berada empat mata di belakang ketua umum KEADILAN, Anwar Ibrahim kerana tinjauan BN mendapati beliau mendahului.

Tinjauan Umcedel berdasarkan 1,407 sampel itu menyebut 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri berbanding Najib yang cuma mendapat 39 peratus.

Beberapa tokoh akademik juga mempersoalkan keputusan tinjauan itu dengan mendakwa saiz sampel 1,407 terlalu kecil dan kemungkinan keputusan tinjauan itu dimanipulasi Pakatan Rakyat.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Sekretariat Umcedel berkata, pihaknya sedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian mereka.

"Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali," kenyataan itu dpetik.

Umcedel juga mempelawa pihak yang berminat supaya melayari laman sesawang mereka untuk mengetahui butiran lanjut kajian mereka.

Beberapa blog pro-Umno tanpa mengemukakan bukti dan fakta terus menuduh bahawa kertas soalankaji selidik yang dikumpulkan kononnya diberi semasa mahasiswa Universiti Malaya berada dalam dewan kuliah tanpa pengawasan sewajarnya.

Malah ada juga yang terus menyerang peribadi Pengarah Umcedel, Prof Dr Muhammad Redzuan Othman sebagai kenalan rapat Anwar semasa bakal perdana menteri itu melanjutkan pengajiannya di universiti terkemuka di Asia itu.

Sumber mereka menuduh tanpa bukti tersebut kononnya datang dari seorang pensyarah kanan universiti itu yang pro-Umno kononnya dia melihat sendiri bagaimana mahasiswa diberikan kertas kajian tersebut kepada mahasiswa yang condong kepada pro-Mahasiswa dan bukannya pro-Aspirasi yang dalangnya merupakan pemimpin Umno.

Seperti yang telah dinyatakan tadi, bagaimana Najib boleh memuji Umcedel ketika pusat kajian itu mendedahkan BN kembali berkuasa selepas pilihan raya umum tetapi enam bulan kemudian tiba-tiba melenting kerana Anwar sudah mendahului dan memalukannya?

Apakah sikap Najib sebegini patut dicontohi oleh rakyat Malaysia?

5 Mei nanti kita akan hukum BN dan Najib biar sampai hilang nyawa dari badan dan ke titisan darah terakhir Umno sekalipun. 
Sumber : JALAN PULANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan