PETALING JAYA, 23 April — Rafizi Ramli hari ini berkata hanya akan
menjawab cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya PKR menyatakan
pendirian mereka melibatkan produk 1Malaysia dalam satu debat ekonomi.
Rafizi
dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini, mempelawa timbalan
pengerusi BN itu ke satu debat ekonomi bagi mengupas tentang isu produk
1Malaysia.
“Saya berbesar hati untuk mengupas isu ini lebih panjang dan
menyatakan pendirian sama ada akan menghapuskan barangan 1Malaysia di
dalam satu forum ekonomi yang turut disertai Tan Sri Muhyiddin Yassin,”
kata Rafizi.
Rafizi walau bagaimanapun menekankan dua kaedah yang ditawarkan PKR
untuk menangani beban sara hidup yang dihadapi rakyat, serta mengkritik
pengenalan produk 1Malaysia tidak berkesan dalam meringankan beban
rakyat.
“Cara terbaik adalah menyelesaikan dua perkara iaitu mengawal dan menurunkan harga barang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan