Maafkan kami kerana penjelasan lanjut berhubung emel yang telah pun
dihantar malam semalam berhubung gerakan mahu memancung calon Barisan
Nasional (BN) DUN Ayer Hitam, Mukhriz Mahathir setakat ini masih belum
dibalas.
Kami telah pun menghantar sekali lagi emel yang sama pagi tadi kepada pengirim yang hanya mahu dikenali dengan nama "ahli UMNO Anak Bukit" seperti yang disiarkan semalam.
Bagaimanapun, pihak kami terlepas pandang dengan satu lagi kiriman emel yang datangnya dari seorang pembaca setia Jalan Pulang yang memberitahu bahawa Umno akan memastikan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang bertanding di parlimen Permatang Pauh ditumpaskan.
Menurut kiriman emel di bawah yang menamakan dirinya nasirahim mendedahkan maklumatnya seperti berikut:
Satu maklumat yang bolih dipercayai Ketua Pembakang (Bakal PM lepas PRU 13) akan ditewaskan di Parlimen Pmtg Pauh dengan sejumlah peti undi Hantu. Pertukaran peti undi akan dilakukan semasa 30 minit pengundian ditutup untuk persediaan pengiraan undi. Sila jalan pulang siasat dan buat hebahan umum perkara yang sirious ini. M2Gelap.
siIousSent from Samsung Mobile
- Received cheannst@gmail.com 23 April 2013 09:35
Pihak kami mohon supaya pihak yang berkaitan dengan kempen Anwar di Permatang Pauh agar dapat mengambil perhatian serius kerana kami merasakan maklumat yang diberikan oleh nasirahim ini mempunyai asas untuk diambil tindakan sewajarnya.
Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Umno mahu menumpaskan Anwar di mana sahaja dia bertanding asalkan dia tewas kerana sekiranya Anwar menang dan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas 6 Mei nanti, pemimpin Umno yang akan 'menanggung sengsara tak terhitung'.
Ini bermakna, menurut maklumat ini, sejurus sebelum pusat pengundian ditutup, pihak-pihak yang memperkudakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan cuba untuk menukar peti undi antara jam 4 petang hingga 5 petang.
Mengikut pengalaman, peti undi yang tidak diawasi oleh wakil calon atau agen tempat mengundi cukup besar risikonya akan ditukar kerana dari senarai mengundi yang telah dikira di atas senarai daftar pemilih, pihak tertentu akan memangkah jumlah undi yang sama yang terdapat dalam peti undi asal yang akan disorok atau dibuang.
Kami meminta KEADILAN Permatang Pauh khususnya jentera kempen dan petugas parti yang akan menjaga peti undi sehingga dibawa ke pusat penjumlahan undi supaya perkara ini tidak dipandang ringan kerana Umno akan berbuat apa sahaja bagi memastikan Anwar kalah dan tidak dilantik sebagai perdana menteri selepas pilihanraya umum 5 Mei nanti.
JALAN PULANG

Tiada ulasan:
Catat Ulasan