Suatu
kekecohan didakwa berlaku di perkarangan pejabat PAS Semporna apabila
sekumpulan lelaki dikatakan menyerang dengan membawa objek seperti kayu
besbol, topi keledar, gergaji, besi dan tukul.
Yang Dipertua PAS Semporna Hassan Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian serangan itu.
M
enurutnya,
serangan itu berlaku tiba-tiba tidak lama selepas Ketua Umum PKR Datuk
Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pekan Semporna menuju ke Tawau.
Dakwanya, semasa Anwar berucap di Kampung Perigi, Pemuda BN telah pun memulakan gangguan dengan membuat bunyi bising menggunakan motor yang kemudian berlanjutan kepada serangan di perkarangan pejabat parti.
Hassan berkata, akibat daripada serangan tersebut, seorang daripada ahli parti itu mengalami kecederaan ringan serta beberapa kerosakan pada kenderaan.
Beliau turut mendakwa, serangan itu diketuai oleh dua orang adik kepada salah seorang wakil rakyat.
"Cermin kereta dipecahkan dan dua buah kereta dikemekkan. Motorsikal turut dirosakkan," dakwa Hassan.
Laporan polis telah pun dibuat berkenaan serangan itu.
Menurut laporan yang dibuat oleh anggota PAS Abdul Naib Arrolah, serangan kedua berlaku pada 7.20 petang ketika ahli-ahli PAS sedang solat Maghrib dan solat Hajat di pejabat mereka.
Dalam laporan itu, beliau mendakwa kumpulan itu mengancam untuk membakar pejabat PAS Semporna.
Polis: Jangan ambil petugas kaki gaduh
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Firdaus Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan telah diterima.
"Ada kekecohan berkenaan penggantungan poster dan bendera. Ekoran pekerja merebut tempat. Itu sahaja. Kita dah panggil semua pihak yang bertanding dan semua bersetuju berkempen secara sihat," katanya.
Firdaus tidak dapat mengesahkan jenis senjata yang digunakan kerana tidak berada di tempat kejadian.
"Kadang-kadang yang muda-muda ni ada gelojoh sikit. Tapi tak ada niat apa-apa, hanya provokasi dan sakitkan hati. Tapi bila pakcik dia datang dari PAS, Bebas atau BN, dia sudah bersalaman kerana semua bersepupu," jelas Firdaus.
Polis menasihatkan parti bertanding tidak mengambil petugas parti daripada kalangan kaki gaduh.
BN Semporna akan dapatkan maklumat dulu
Pegawai kepada wakil rakyat yang dikaitkan dengan kejadian tersebut ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas dakwaan itu buat masa ini.
Sementara itu, pembantu kepada calon BN di Semporna Datuk Seri Shafie Apdal berkata mereka tidak dapat mengulas perkara itu kerana sedang berada di Sarawak.
"Kami akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Kami akan dapatkan dahulu maklumat berhubung perkara ini sebelum mengulasnya," katanya.
Sumber : Malaysiakini
Yang Dipertua PAS Semporna Hassan Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian serangan itu.
M
enurutnya,
serangan itu berlaku tiba-tiba tidak lama selepas Ketua Umum PKR Datuk
Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pekan Semporna menuju ke Tawau.Dakwanya, semasa Anwar berucap di Kampung Perigi, Pemuda BN telah pun memulakan gangguan dengan membuat bunyi bising menggunakan motor yang kemudian berlanjutan kepada serangan di perkarangan pejabat parti.
Hassan berkata, akibat daripada serangan tersebut, seorang daripada ahli parti itu mengalami kecederaan ringan serta beberapa kerosakan pada kenderaan.
Beliau turut mendakwa, serangan itu diketuai oleh dua orang adik kepada salah seorang wakil rakyat.
"Cermin kereta dipecahkan dan dua buah kereta dikemekkan. Motorsikal turut dirosakkan," dakwa Hassan. Laporan polis telah pun dibuat berkenaan serangan itu.
Menurut laporan yang dibuat oleh anggota PAS Abdul Naib Arrolah, serangan kedua berlaku pada 7.20 petang ketika ahli-ahli PAS sedang solat Maghrib dan solat Hajat di pejabat mereka.
Dalam laporan itu, beliau mendakwa kumpulan itu mengancam untuk membakar pejabat PAS Semporna.
Polis: Jangan ambil petugas kaki gaduh
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Firdaus Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan telah diterima.
"Ada kekecohan berkenaan penggantungan poster dan bendera. Ekoran pekerja merebut tempat. Itu sahaja. Kita dah panggil semua pihak yang bertanding dan semua bersetuju berkempen secara sihat," katanya.
Firdaus tidak dapat mengesahkan jenis senjata yang digunakan kerana tidak berada di tempat kejadian."Kadang-kadang yang muda-muda ni ada gelojoh sikit. Tapi tak ada niat apa-apa, hanya provokasi dan sakitkan hati. Tapi bila pakcik dia datang dari PAS, Bebas atau BN, dia sudah bersalaman kerana semua bersepupu," jelas Firdaus.
Polis menasihatkan parti bertanding tidak mengambil petugas parti daripada kalangan kaki gaduh.
BN Semporna akan dapatkan maklumat dulu
Pegawai kepada wakil rakyat yang dikaitkan dengan kejadian tersebut ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas dakwaan itu buat masa ini.
Sementara itu, pembantu kepada calon BN di Semporna Datuk Seri Shafie Apdal berkata mereka tidak dapat mengulas perkara itu kerana sedang berada di Sarawak.
"Kami akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Kami akan dapatkan dahulu maklumat berhubung perkara ini sebelum mengulasnya," katanya.
Sumber : Malaysiakini











KUALA LUMPUR:
Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling
dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan
Gelang Patah.
“Muhyiddin
dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan
Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah
goyang,” katanya.
Berada
di google play store sejak 5 Mac lalu, aplikasi ini membenarkan
pengguna telefon pintar mengundi sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau BN.
Perlis
mencatatkan nisbah sokongan 67 peratus PR manakala 33 peratus BN, Kedah
(74:26) BN, Pulau Pinang (81:19), Perak (80:20) dan Selangor (80:20).
Bagaimanapun
di bahagian bawah aplikasi ini menyatakan bahawa, JustUndi adalah satu
aplikasi mendidik masyrakat untuk mengundi dan tidak mencerminkan
keputusan sebenar PRU13.



Rafizi
dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini, mempelawa timbalan
pengerusi BN itu ke satu debat ekonomi bagi mengupas tentang isu produk
1Malaysia.






Pengumuman
calon-calon PKR Sabah hari ini menyaksikan hanya satu daripada tujuh
calon yang diumumkan oleh bekas pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah dua
minggu lalu, kekal dalam senarai akhir.




“4
minggu lagi akan bertemu hari Jumaat. Sekiranya saya berjaya tawan
P-125 Putrajaya & Pakatan Rakyat berjaya tawan Malaysia, saya akan
pastikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Imam untuk Solat Jumaat
selepas kemenangan,” katanya.