Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Sabtu, 12 Mac 2011

KEMUSNAHAN AKIBAT TSUNAMI DAN GEMPA LEBIH KETARA HARI INI


Sebaik saja fajar menyingsing hari ini, kemusnahan dahsyat akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter yang melanda Jepun tengah hari semalam, menjadi lebih ketara -- lebih 1,000 dikhuatiri maut.

japan earthquake and tsunami 2011 car 1Polis dan media tempatan mula melaporkan kemusnahan dahsyat yang berlaku di Tohoku atau timur laut Jepun, dengan Sendai paling teruk menerima kesannya kerana terletak paling hampir dengan pusat gempa yang berlaku pada pukul 2.46 petang (1.46 tengah hari waktu Malaysia) itu.

Siaran televisyen memaparkan visual tentang kawasan kediaman dan ladang yang ditenggelami air serta kenderaan yang dihanyutkan.

Sementara itu, satu lagi gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku pada pukul 3.59 pagi tadi (2.59 pagi waktu Malaysia), yang menggegarkan kawasan pantai Laut Jepun di barat laut Tokyo, melibatkan wilayah Nagano dan Niigata.

Bagaimanapun, setakat ini, sejauh mana kemusnahan yang diakibatkan gempa terbaru yang berlaku di kawasan berkenaan, yang terletak jauh dari kawasan yang dilanda malapetaka dahsyat semalam, belum diketahui.

japan earthquake and tsunami 2011 rescue workers 1Di samping berita tentang kemusnahan dan usaha menyelamat yang menjadi tumpuan pelbagai pihak sekarang, satu lagi perkara yang mencetuskan kebimbangan ialah kemungkinan berlaku kebocoran radiasi pada reaktor nuklear yang terletak di wilayah Fukushima, lebih kurang 240km di utara bandar raya ini.

Sementara itu, sebahagian lebuh raya ke Lapangan Terbang Narita yang ditutup sebelum ini atas faktor keselamatan, telah dibuka semula.

Satu penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH89, yang pada asalnya dijadualkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 10.30 pagi (9.30 pagi waktu Malaysia) hari ini, ditunda ke pukul 1.30 tengah hari (12.30 tengah hari waktu Malaysia), manakala penerbangan MH71, yang dijadualkan berlepas pada pukul 1.30 tengah hari, akan berlepas pada pukul 9 pagi (8 pagi di Malaysia), esok.

Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menghantar pasukan SMART termasuk enam anjing bagi membantu mengesan mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun hari ini.

NONEKatanya, mereka akan berlepas jam 6 petang ini menaiki dua pesawat Charlie C130.
Sehingga tengah hari ini, perkhidmatan bas biasa antara Lapangan Terbang Narita dan Tokyo belum disambung semula dan beberapa hotel menyewa bas untuk kegunaan tetamu mereka.

Kebanyakan perkhidmatan tren bawah tanah mula kembali seperti biasa dan ini memudahkan pergerakan sebahagian besar daripada 12 juta penduduk Tokyo serta mereka dari bandar lain.

Landasan tren bawah tanah ditutup selama hampir enam jam semalam dan menyebabkan berjuta-juta penumpang terkandas.

-- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan