Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Khamis, 10 Mac 2011

SISTEM KUOTA UTK 3 WILAYAH


HABIS....Sabah dan Sarawak bagaikan bot yang kehabisan minyak untuk menyeberang lautan luas dengan penghuni yang ramai. Sanggupkah mereka berdayung?
Saudara Pengarang,
TERLEBIH dahulu saya ingin merakamkan penghargaan di atas kesudian pihak tuan menyiarkan artikel ini dalam usaha menuntut keadilan dalam sebuah negara demokrasi berparlimen. Umum mengetahui Persekutuan Malaysia dibentuk melalui gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (keluar pada tahun 1965).
Apa yang menyedihkan setelah hampir 48 tahun Sabah dan Sarawak berada dalam Persekutuan Malaysia, hak dan kebajikan dua wilayah penting ini masih ketinggalan, sementara Tanah Melayu @ Semenanjung Malaysia mengalami kemajuan pesat menuju status negara maju.
Apakah punca Sabah dan Sarawak terus dianaktirikan? Jawapannya mudah, segala pembuat keputusan di tangan pemimpin semenanjung kerana jika kita lihat agehan kerusi parlimen Semenanjung amat selesa dengan 165 kerusi, manakala Sabah 25 kerusi, Sarawak 31 kerusi dan Labuan 1 kerusi.
Melalui analisis data ini, amat jelas walaupun jika Parti Pro-Borneo menyapu semua 57 kerusi masih tidak mampu menandingi kuasa 2/3 kerusi Parlimen Semenanjung. Akibat daripada semua keputusan penting pembangunan dan kebajikan terpaksa melalui Semenanjung, Sabah dan Sarawak terus diabaikan. Apabila kita merajuk sedikit, baharulah mereka memberi kita sedikit gula-gula.
Alasan mereka bahawa bilangan kerusi perlu ditambah mengikut pertambahan penduduk adalah sangat-sangat tidak logik (langsung tak boleh diterima akal). Adakah kita benar-benar tentang konsep demokrasi? Suara yang majoriti tetap menang.
Apakah masalahnya jika 1 kerusi Parlimen itu mengandungi 100 ribu pengundi atau 200 ribu pengundi? Banyak kebaikan kita lihat, antaranya mencegah rasuah kepada pengundi dan calon bertanding perlu bekerja keras setiap masa memenangi hati pengundi yang ramai.
Atas semangat Persekutuan Malaysia, saya cadangkan sudah tiba masanya Sistem Kuota Kerusi Parlimen diberi sama rata kepada 3 wilayah yang membentuk Malaysia ini. Keadilan antara wilayah akan wujud jika Semenanjung, Sabah dan Sarawak masing-masing memiliki 50 kerusi parlimen.
Kepada 25 ahli Parlimen Sabah, usulkanlah perkara ini di Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang. Rakyat Sabah sangat mengharapkan perubahan.
Salam Hormat,

CALON BEBAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan