Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Ahad, 27 Mac 2011

TINGGALKAN PBS KERANA SIMPATI KEPADA ANWAR

AHAD 27 MAC 2011




SERAMAI 34 orang ahli PBS dari Kampung Masalog, DUN Melalap hari ini secara rasminya meninggalkan parti tersebut dengan semangat waja menyertai PKR Cabang Tenom beramai-ramai.
Demikian kenyataan Jumpoh Abdul Rashid Paimin yang memberi tahu Media PKR Tenom, petang kelmarin.
Acara penyerahan borang keanggotaan dari Jumpoh dan pengikutnya di kampung tersebut diadakan di rumah beliau yang diterima oleh Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman dalam misi PKR untuk menambah keanggotaan PKR Tenom.
“PBS adalah anggota komponan BN, satu perjuangan dan satu matlamat dengan sekutu rapatnya UMNO. Kami rasa terharu dan simpati dengan fitnah yang dilontarkan kepada insan yang bernama Anwar Ibrahim. Beliau dihina, diaib, termasuk anak-anak dan isteri beliau, dari orang yang sebangsa dan seagama beliau sendiri, tanpa takut kepada Allah swt,” kata Jompoh dengan linangan air mata sedih.
Jelas Jumpoh lagi, “Fitnah pertama kami anggap wallahuwaalam bisawab. Fitnah kedua kami mulai curiga dengan kejujuran Kerajaan BN yang PBS di dalamnya bersekongkol. Fitnah ketiga membawa keyakinan kepada kami semua bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa fitnah dari kerakusan kuasa dari musuh-musuh politiknya bertekad untuk membunuh pengaruh politik beliau sehingga menjejaskan maruah beliau dan keluarganya.”
BN dan UMNO, kata Jumpoh, sudah keterlaluan dan beliau mengambil keputusan muktamad menyertai perjuangan Pakatan Rakyat melalui PKR kerana orang kampung terlalu simpati dengan penganiayaan terhadap diri Anwar Ibrahim.
“Kami tidak mahu tunggu lama-lama dalam PBS, takut terpalit dengan dosa-dosa fitnah,” demikian kata Jumpoh yang mengakhiri ucapannya dengan linangan air mata kesedihan di pipi.
Dalam suasana yang penuh sayu dan hiba itu, Ketua Cabang PKR Tenom Halik Zaman mengambil masa yang singkat untuk mengucapkan terima kasih kepada Jumpoh selaku tuan rumah yang membenarkan rumahnya digunakan acara pengambilan anggota baru PKR

--SABAHKINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan