Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Selasa, 15 Mac 2011

TAHNIAH ! TARIF ELEKTRIK MUNGKIN NAIK DALAM 6 BULAN.

 Minda KS: Agaknya beginilah keadaan jika tinggal di dalam sebuah negara maju. Elektrik naik,air naik,barangan dapur naik,makanan bayi naik semua naik, satu ja yang tak naik....GAJI liat nak NAIK..tapi jangan risau sebab menteri dah jamin akan ambil kira rakyat yang berpendapatan rendah,macam kenaikan harga barang yang berpendapatan rendah tak terlibat langsung sebab mereka tak guna gula,tepung,beras dan minyak masak.
Tarif elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

NONEIa dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Fong bertanya menteri berkenaan sama ada akan terjadi peningkatan atau semakan terhadap tarif elektrik dalam tempoh setengah tahun lagi.

Chin bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan menjalankan penyelidikan terperinci sebelum menguatkuasakan sebarang kenaikan tarif.

Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa apa sahaja tarif baru hendaklah datang bersama keselamatan bagi melindungi pengguna, terutamanya yang berpendapatan rendah.

--MK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan