Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 28 Mac 2011

PENGIDAP HIV DIHUKUM PENJARA 6 TAHUN DAN 10 SEBATAN

MINDA KS: Ini adalah sebuah kes dari beribu kes yang berkait dengan najis dadah. Tak serik dengan HIV yang dihidapi masih lagi terikat dengan ganja. Apa dah jadi dengan sebahagian rakyat kita yang terjerumus dengan perkejaan hina ini ? Hilang pertimbangan dan pedoman,hancur nilai kemanusiaan serta punah masa depan sebuah keluarga. Insaflah jangan campak diri anda ke dalam lubang kubur yang digali sendiri.

SHAH ALAM: Seorang penganggur yang merupakan HIV positif menangis apabila dihampiri oleh ahli keluarganya selepas dia dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun dan 10 sebatan kerana memiliki ganja, awal tahun lalu.
Lelaki tersebut pada mulanya kelihatan tenang menerima hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wira Mohtarudin Baki pada Isnin, gagal mengawal sedih apabila bahunya disentuh oleh dua anak lelakinya.
Mohtarudin menjatuhkan hukuman tersebut yang diarahkan bermula daripada tarikh tangkap, iaitu 7 Januari 2010 selepas menerima pengakuan salah tertuduh terhadap pertuduhan pilihan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.
Berdasarkan pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa memiliki 484 gram ganja pada pukul 5.50 pagi, 7 Januari 2010 di sebuah rumah di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini.
Pada penghakimannya, Mohtarudin juga menyifatkan pengakuan salah tertuduh sebagai 'pengakuan yang ikhlas' memandangkan dadah itu ditemui di kawasan yang tidak berkunci.
Dadah yang disimpan di dalam beg plastik berwarna merah itu diambil oleh tertuduh dari rak kasut di kawasan tempat letak kereta rumah tersebut dan diserahkan kepada polis yang membuat serbuan.
Sementara itu, pada rayuan untuk meringankan hukuman, tertuduh mengakui bahawa dia tidak mampu untuk melantik peguam disebabkan masalah kewangan selain isterinya hanya mengambil upah untuk menjaga anak-anak jiran.
"Saya adalah penghidap penyakit HIV dan bergantung kepada ubat-ubatan manakala semasa berada di dalam penjara, saya telah mendapat penyakit batuk kering.
"Saya mohon ditempatkan di penjara Sungai Buloh kerana rekod rawatan saya berada di Hospital Sungai Buloh dan keluarga saya juga tinggal berhampiran," katanya.
Selain itu, tertuduh menyatakan bahawa dia insaf kerana perbuatan yang dilakukannya turut mengakibatkan keluarganya mengalami kesusahan.
Timbalan Pendakwa Raya Yong Leou Shin pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh yang turut mempunyai rekod kesalahan lampau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan