Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan iaitu berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah. Justeru, katanyanya, sampel DNA yang diperolehi itu tidak boleh diterima. Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi. Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok. Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti. Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak. Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevan meskipun cara ia diperolehi mungkin 'tidak sah'. Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan. Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi membuat penghakimannya hari i
--PDO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan