Jangan diberi muka kepada penceroboh yang datang mengaku tanah Sabah ni milik mereka, doa kami - agar
perjuangan kalian sentiasa dilindungi...di kurniakan kesihatan yang
baik.., akal yang tajam.., minda yang cerdas dan hati yg cekal.
Tentanglah
habis habisan...tuntutlah kembali darah teman juang kalian..., doa kami
sentiasa bersama perjuangan kalian. ALLAHU AKBAR !
' kiram kata
nak lancarkan perang gerilla...deii kiram tamby..porraaahhh..ko ingat
malaysia ni ape? kami percaya kekuatan ATM, PDRM dan PGA kami...mereka
adalah wira kami, sekiranye mereka kekurangan anggota, kami sebagai
rakyat akan tampi ljadi sukarelawan benteras bangsat macam
koranng....all 4 one, , one 4 all...malaysia sebuah negara
berdaulat...bukan cam korang jadi ulatttt nak serang sabah...pundeeekkk
punye kiram..lu langsi lu matiiiii...! "
PASUKAN KESELAMATAN SEDIA TENTANG HABIS-HABISAN PENGGANAS SULU.
Lahad Datu, 18 Mac - Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.
Pesuruhjaya Polis Sabah
Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang
berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
Beliau berkata pasukan
keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar
media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang
gerila ke atas Malaysia.
"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan,"
katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri
Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16,
dekat sini hari ini.
Hamza berkata dua
pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas
pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
Menjawab pertanyaan
wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan
mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan
gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang
dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.
"Kami tidak akan hormati
kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis,
sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.
Hamza turut memberitahu
bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat
28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.
Sementara itu, Ahmad
Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat
tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan
membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.
"Kereta perisai itu juga
bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan
keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.
Di KUALA LUMPUR,
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan
keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan
selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar
pulang ke rumah masing-masing.
"Operasi di Sungai
Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat
menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada
pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Mengenai tempoh Operasi
Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka
waktu bila operasi itu akan berakhir. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan