Saudara Pengarang,
Di
SEKOLAH inilah tempat kami mendidik anak-anak Sulu ini belajar membaca,
menulis, mengira, memahami erti kehidupan, erti keamanan, erti
perpaduan, erti persaudaraan sesama insan dan apatah lagi sebagai
seagama ISLAM.
Tatkala anak-anak
Sulu bergaduh, guru tolong amankan, mereka sakit guru tolong bawakan ke
hospital, mereka luka guru tolong balut dan rawatkan, mereka menangis
guru tolong pujuk dan berikan senyuman. Mereka lapar dan mau pengsan,
guru tolong belikan sarapan dan makanan ke kantin walau mahal tidak
pernah berkira.
Persoalannya
kenapa sekarang ini wahai kaum Sulu, tergamak sungguh kamu penggal
leher perwira yang isterinya seagama, sedarah dan sebangsa denganmu?
Wahai
Sulu, tergamamnya kamu mengerat-ngerat mereka walhal isteri dan
anak-anak mereka itu adalah guru kepada anak-anak kamu, wahai Sulu;
tergamak kamu menembak anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga
sanak saudara, anak-anak dan kaum kerabat kamu tatkala kamu bermandi
darah akan darah pahlawan yang kamu tumpahkan kini.
Wahai
Sulu, hentikanlah amukan amarah kamu itu, kerana keberanian, kejagoan
dan keperwiraan kamu itu sepatutnya disalurkan untuk menyerang seteru
utama kamu di Filipina.
Jesteru
kenapa gara-gara tanah sekengkang kera ini kamu menjadi pembunuh di
mata Allah yang satu? Tidakkah kamu takut akan balasan Allah yang akan
mengazabkan kamu di alam akhirat nanti?
Sulu
oh Sulu! Jangan sampai peribahasa dulu-dulu menjadi simbol ke atas kamu l (lurus sahaja akal orang Sulu, kalau ekor anjing itu menjadi lurus).
Saya percaya kamu semua bukan begitu kerana saya sendiri ada sahabat
Sulu yang sejati, menangis bersama ketawa bersama, cukup pemurah; baik
hatinya dan luhur budi pekertinya.
Tolonglah
hentikan kezaliman kamu. Kami warga Pendidik di sini sudah tidak
sabar-sabar untuk menjalankan amanah yang tergalas di atas nama kami
sebagai seorang GURU (MASTAL) untuk mendidik anak bangsa.
MAGSUKUL,
ayau nahkam bihan bah brad mattuhnah kamu muih. Ayau nah kamu mag sabil
biaaa ini sibbuh nah kita agama Islammmm ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR!
ALLAH HU AKBAR!
Salam Hormat,
GURU PEMBINA BANGSA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan