LAHAD DATU: Polis masih menjalankan operasi
susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya
masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan
selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan
secara berhati-hatibagi memastikan keselamatan anggota polis dan
tentera.
"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar, Selasa.
Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan
seranganofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada
pukul 7 pagi.
Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa
kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan
keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh
diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan
laporan itu,sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.
Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugatketenteraman awam di Sabah.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan