Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Jumaat, 29 Mac 2013

DATU PIAH ANTARA 30 JENERAL ORANG JENERAL KIRAM

MAYAT....Beberapa anggota polis mengangkat mayat Salib yang mati ditembak di sebuah rumah di Simunul, Semporna.


SEMPORNA : Anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah merupakan antara seorang daripada 30 jeneral yang dihantar oleh Ketua Pengganas Sulu, Jamalul Kiram III untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.

Menurut satu sumber, sebelum menceroboh Sabah, kumpulan pengganas tersebut telah mengatur strategi serangan mereka secara terancang.
 
"Datu Piah dibantu anak saudaranya, Datu Amirbahar Hushin Kiram untuk koordinasi pasukan pengganas di Simunul (Semporna), manakala Azzumuddie dibantu Komander Habib Musa A. Abdullah pula mengatur pergerakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu," katanya.


Baki 28 lagi jeneral kumpulan pengganas itu dipercayai ditugaskan untuk mengerakkan rancangan jahat mereka di wilayah lain seperti Kunak, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Difahamkan, jeneral-jeneral pengganas tersebut merekrut ahli-ahli untuk menyertai kumpulan pengganas dalam kalangan penduduk Suluk yang tinggal di perkampungan atas air di negeri ini.

Dalam pada itu sebelum ini, seorang panglima yang juga pengawal peribadi kepada Datu Piah mati selepas ditembak oleh pasukan keselamatan ketika menyerang polis di sebuah rumah atas air di Simunul, Semporna.

Lelaki yang dikenali sebagai Salib Sampang atau Imam Mas berusia 50-an itu dipercayai adalah orang kuat Datu Piah yang menetap di kampung tersebut.
 
Dalam operasi pada pukul 10 pagi itu, pasukan keselamatan turut menahan enam orang termasuk dua wanita dengan salah seorang daripadanya dipercayai isteri kepada Salib serta seorang lelaki lain dikenali sebagai Totok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota keselamatan pergi ke perkampungan tersebut yang majoritinya didiami warga Filipina untuk melakukan operasi pemeriksaan.

Katanya, bagaimanapun, penghuni di salah sebuah rumah kayu di kampung itu enggan memberi kerjasama kepada pihak polis yang mahu memeriksa rumah tersebut.

"Apabila seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan memecahkan pintu, seorang lelaki yang bersenjata parang bertindak agresif menyerang dan cuba menetak pegawai itu bertubi-tubi.

"Ketika kejadian, pegawai polis itu bernasib baik kerana sempat mengelak manakala suspek yang enggan menyerah diri mati ditembak," katanya pada sidang akhbar baru-baru ini. (KOSMO)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan