Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 4 Mac 2013

SENARAI ANGGOTA POLIS YANG GUGUR DI SEMPORNA

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN TEMPAT BERSAMA PARA SHUHADA. ANDA GUGUR SEBAGAI BUNGA BANGSA YANG AKAN TERUS MEKAR SELAMANYA. KEPADA PARA PENGUNJUNG BLOG INI MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH BUAT YANG BERAGAMA ISLAM. KEPADA SEMUA WIRA YANG GUGUR...KAMI TERHUTANG NYAWA KEPADA ANDA.



Pegawai dan anggota Polis yang terkorban di Semporna Mereka adalah:
1. Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.
 2. Asisten Superitendan Michael Padel 3.36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

3. Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

4. Sarjan Aziz Sarikun, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

5. Koperal Salam Tongiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan ia sudah dimasukkan ke Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hamza berkata, jenazah semua anggota polis yang terkorban itu akan diterbangkan ke kampung halaman masing-masing dari Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 1 tengah hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan