Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Ahad, 3 Mac 2013

ADAKAH PANTAI TIMUR SABAH SELAMAT ?



Sumber : sabahkini
 Saudara Pengarang,
PERANG antara pasukan keselamatan Malaysia dengan kumpulan tentera penceroboh Sultan Sulu menjadi satu lipatan sejarah tanahair. Bukan mudah tragedi ini dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia, apatah lagi peristiwa tersebut mengorbankan dua anggota Komando 69 iaitu Inspektor Zulkifli Mamat, 29 tahun dan Koperal Sabarudin Daud, 46 serta mencederakan tiga anggota komando lain.
Rentetan penculikan pengganas Abu Sayaf di negeri ini amat mengusarkan  rakyat Sabah terutama di sebelah Pantai Timur iaitu daerah Lahad Datu dan Semporna.  Peristiwa penculikan 21 tebusan di Pulau Sipadan pada 23 april 2000, penculikan 3 rakyat tempatan di Pusat Peranginan Pulau Pandanan, penculikan dua orang di Pulau Sebangkat pada 8 Febuari 2010 dan terbaru penculikan Pengurus Ladang dengan seorang pembantunya di Lahad Datu pada 16 November tahun lalu membuktikan tahap keselamatan di perairaan mudah dibolosi oleh pihak musuh.
 
Perlu diketahui bahawa penculik-penculik ini bukan berasal dari negara ini tetapi berasal dari Selatan Filipina, kekerapan penculikan Abu Sayyaf  terhadap rakyat di negara ini dan pelancong asing mampu memudaratkan  sektor pelancongan. Pulau-pulau yang terdapat di sebelah Pantai Timur Sabah tumpuan pelancong asing memandangkan keindahan alam semulajadinya.
 Alasan oleh pihak berkuasa bahawa sempadan negeri Sabah terlalu luas menyukarkan pihak keselamatan memantau atau mengawasinya tidak boleh diterima pakai. Rakyat Sabah sudah bosan dengan alasan tersebut malah geram dengan kerajaan kerana tiada tindakan drastik yang mampu membedung kelemahan tersebut.
 
Kalau di Semenanjung Malaysia diwujudkan Rejimen Sempadan untuk menangani pencerobohan orang Thailand di Utara Perlis, Kedah dan Kelantan kenapa tidak untuk negeri Sabah? Adakah negeri Sabah dan Sarawak adalah negeri kelas ke-2 sehingga tidak diambil kira tahap keselamatan di peringkat Nasional?
Kecanggihan kelengkapan ketenteraan dan sebuah kapal selam scorpene yang diuar-uarkan oleh kerajaan sebagai yang terbaik dalam mencegah pencerobohan warga asing di perairan negara ini, nampaknya hanyalah omong-omong kosong.
Rakyat di Sabah khususnya mengharap simpati dari kerjaan pusat, Kementerian Pertahanan dan kementerian keselamatan negara (KDN) agar merancang dan mengkaji setiap langkah untuk mengatasi pencerobohan warga asing keatas negara ini.
Rakyat sebenarnya tidak mahu melihat ada lagi tragedi seperti perang di kampung Tanduo, Lahad Datu  baru-baru ini berulang.
 
Salam Hormat,
 JAFREN P. ARUSAP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan