Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Selasa, 5 Mac 2013

SERANGAN UDARA DILANCARKAN SELEPAS ITU PERTEMPURAN PENUH BERMULA (GAMBAR JET DISERTAKAN )

 F 18

10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.
9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.
8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
 Hawk

LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.




Salah satu pesawat yang dilihat di Kg Tandou, Lahad Datu, Sabah. Pic: NSTSalah satu pesawat yang dilihat di Kg Tandou, Lahad Datu, Sabah. Pic: NSTKUALA LUMPUR: Sejurus selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal jam 7 pagi tadi, pihak tentera melancarkan serangan ke kawasan penceroboh dalam Kampung Tanduo, Felda Sahabat, di Lahad Datu.
Menurut laporan The Star Online, pertempuran bermula antara penceroboh bersenjatan dan pasukan keselamatan sejak awal pagi tadi.
Bunyi tembakan dan jet pejuang dilihat berkeliaran sekitar kawasan Felda Sahabat. Empat letupan juga kedengaran di Kampug Tanduo, lapor akhbar harian tersebut.

Kumpulan 200 orang bersenjatan tersebut yang mendakwa diri sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu telah mendapat pada 9 Februari untuk menunaikan hajat tuntutan sultan mereka keatas negeri Borneo tersebut.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam berkata tujuh lagi batalion askar telah dihantar ke Sabah sejak Sabtu lalu, dengan lima di Lahad Datu dan setiap satu lagi di Sandakan dan Tawau.

Zulkifli berkata walaupun pengganas Filipina tersebut hanya kelihataan di Kampung Tanduo, Lahad Datu serta juga di Kampung Lormalong dan Kampung Dasar Lama sekitar Kunak, pasukan keselamatan dihantar ke Sandakan dan Tawau untuk menjaga keselamatan penduduk dikawasan tersebut.

“Kita bekerjasama dengan polis dan pasukan keselamatan mereka untuk menjaga negara kita,” kata beliau.

Trak tentera yang berderet membawa anggota tentera kelihatan menuju ke Kampung Tanduo di Felda Sahabat, yang dikatakan dua kali saiz negara Singapura dengan 57 perladangan.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab pula memberitahu New Straits Times peningkatan anggota daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis marin, tentera lalu dan tentera udara yang mengawal dan menjalankan pemantauan sejak dua hari lalu.


Tempur Di Kampung Tanduo Dilancarkan Sepenuhnya

KG TANDUO: Pertempuran darat dipercayai berlaku di kampung Tanduo.
Tembakan meriam dihentikan dan jet pejuang dipercayai telah melakukan tugas mereka.
Tiada letupan didengari lagi.
Jets tidak dilihat terbang melalui kampung itu yang berlakunya serangan tembakan pada sejak pukul 7 pagi.
Butiran bilangan mangsa di kalangan anggota kumpulan bersenjata Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, dan pasukan keselamatan tidak diketahui.
Bagaimanapun, ambulans dari Tawau dan Lahad Datu telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dilihat menuju keluar.
Sebuah helikopter Nuri turut dilihat membawa tentera dari Cenderawasih kepada barisan hadapan di kampung Tanduo.
Persisiran kampung Tanduo tenang apabila pihak berkuasa maritim dan tentera laut berada di situ melakukan pemantauan terhadap kemungkinan serangan balas dari kumpulan bersenjata di selatan Filipina yang mengancam untuk melakukan serangan di bandar pantai timur Sabah sekiranya kampung Tanduo diserang.
Walaupun terdapat laporan penceroboh dilihat muncul dari Kinabatangan dan kawasan-kawasan lain, polis mengisytiharkan keadaan di seluruh Sabah kini terkawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan