SEMPORNA: Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.
Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.
Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar,
berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam
lingkungan 50-an turun
daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.
daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.
Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas
melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa
"saya yang menembak
polis malam tadi".
polis malam tadi".
"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan
mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut
berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia
bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.
Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis
perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar
dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada
8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat
melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran
darah.
Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah
mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan
wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.
Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.
Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd
Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan