WarkahDaily – Bila sebut aje debat, masing-masing mengingatkan ianya suatu pertandingan seperti yang berlaku dalam pertandingan antara pelajar dalam acara debat. Dengan kata lain, ianya adalah mahu lihat siapa menang, siapa kalah.
Mungkin kerana sangkaan itulah, pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) kelihatan gerun untuk menyertai debat seperti yang dipelawakan oleh PAS-Pakatan Rakyat (PR). Kalau kalah, jatuhlah reputasinya.
Padahal, tujuan sebenar debat yang mahu diadakan pihak PR bukanlah bertujuan sebegitu. Kalau sekadar itulah tujuannya, maka tiada apa-apa makna atau kesan positif yang dapat diambil hasil perdebatan. Maka tiadalah hasil yang diperolehi oleh rakyat umum dan sekadar buang masa.
Tapi tujuan sebenar debat diadakan adalah bertujuan untuk meleraikan apa yang tersimpul, menjelaskan apa yang kusut, mencari titik kebenaran di sebalik percanggahan pendapat dan dalam masa yang sama berjaya memberi input berguna kepada rakyat umum akan kebenaran sejati.
Kalau itulah ada dalam diri pihak yang terlibat, rasanya tiadalah pihak-pihak yang kecut perut, tolak-menolak, serang-menyerang di ‘kandang’ masing-masing di hadapan pengikut sendiri.
Kemudian, debat juga perlu kepada hasil selepas debat. Dengan maksud, rakyat umum dapat menilai apakah kebenaran yang perlu diikuti dan apakah kesilapan yang perlu dihindari.
Nak kan hasil yang jelas, ahli perdebatan itu perlulah dari kalangan yang berkuasa atau terlibat dengan penggubalan dasar. Seperti contoh, debat berkaitan pertembungan Umno dan PAS yang melibatkan kepentingan umum. Sudah tentu orang yang perlu melibatkan diri ialah kedua-dua pemimpin tertinggi bagi kedua-dua parti politik itu. Jangan pulak orang yang tiada kepentingan dalam hal parti kerana selepas perdebatan, hasilnya tiada apa-apa perubahan. Akhirnya, tiada titik perubahan yang boleh dilakukan. Buang masa je la jawabnya.
Bila perkara diatas dipatuhi, sudah tentu segala kepincangan dan perbalahan dapat diperbetulkan dengan jujurnya tanpa ada prejudis antara satu sama lain dengan sifat tanggungjawab terhadap kepentingan agama, bangsa dan negara.

Ehsan : Manjadda wajada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan