Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 7 Februari 2011

Najib kata Ops Piramid tiada unsur politik

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.

"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

"...dan misi ini sebagai misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali... tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar yang segera,"
katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia, yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

--Bernama
 
 
Syukurlah kalau betul tiada unsur politik. Nampak sepanduk UMNO tadi tu ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan